Benda Kecik Je Pun~

21 04 2010

cantiknya tempat ni. kan seronok berehlah ke sini dengan sahabat sahabat

Tak tau kenapa. Ada orang takut sangat jika diheret masuk dalam blog ni.Haha.Mungkin diorang tak nak jadi bahan kot.Sebab blog ni sentiasa diikuti oleh pembaca saya yang setia.Kalau setakat 120 pembaca untuk satu post tu kira normal la. Tapi tak leh challenge blog isu semasa. Memang ramai.Sebab pembaca saya sebenarnya suka baca isu dan konflik.

Saya dah tiga hari bergelumang dengan Equipment Design FYDP ni. Tertekan giler la.Benci pun ada.Sesak nafas rasanya buat benda tu.Akhirnya dapat jugak siapkan report, walaupun tak se-genuine mana.Thanks sangat dekat kawan kawan yang membantu. Thanks mawi,mizah,muneer.

Hari ni relaks sket. Dapat pegi masjid dengan tenang. Dapat pegi MAIKS dengan tenang. Dan dapat jumpa sahabat sahabat,adik adik dengan tenang.Lama tak jumpa dan bercakap dengan syawal dan Izwan. Jarang jumpa dan bercakap sejak dua menjak ni (ehemm).

Tapi tadi dah jumpa dan pergi liqa Al-Mulk lagi ke v6. Syawal adalah cerita beberapa perkara masa atas motor. Well.Tak perlulah saya bongkar kat sini.Saya dah jelaskan kat dia. Harap dia faham.Lagipun kenal saya dah 2 tahun lebih. So memang nak kene siku la kalau tak kenal lagi saya macam mana orangnya. (gurau je,tak sampai ati nak siku~)

Satu perkara yang anda semua perlu tahu ialah saya ni jenis yang particular dalam persahabatan. Setiap perkara yang sahabat cakap,janji or buat insyaAllah saya akan ingat. Sebab setiap perkara tu saya anggap penting. Jadi saya memang mudah recall.

Mungkin sahabat saya bukan jenis macam tu.Tapi saya jenis akan ingat satu persatu,especially perkara yang bermakna pada pandangan saya.

Lagi satu, kalau namanya sahabat,benda kecik pun saya ambik kira. Maksudnya mungkin sesetengah kita ambil mudah. Ala..benda kecik je pun~. Mungkin ada diantara kita yang berfikiran macam tu. Tapi saya ni kadang kadang (bukan kadang kadang,selalu kot) akan ambil kira benda benda yang orang lain anggap kecik ni.

Sebab sahabat ni penting bagi saya.Setiap apa yang dia cakap dan dia buat saya take into consideration. That’s why sometimes ada yang tak puas hati bila saya rasa kecik ati dengan certain perkara yang mereka buat. Kalau kawan yang biasa buat,mungkin saya tak kisah sangat. Tapi kalau sahabat yang akrab dan karib ni cakap or buat,saya memang mudah ambil hati.

Tapi jangan lepas ni takut pulak nak bercakap2. Kononnya nak elak saya kecik hati. bukan macam tu konsepnya. Konsep yang betul ialah ikhlaslah dalam bercakap dengan saya. Saya pun bukan selalu sangat ambil ambil hati ni. Jarang jarang je pun. If saya kecik ati,awak semua akan tahu. Sebab saya tak pernah menyembunyikan perasaan saya pada anda semua.Kecik ati ni tanda saya sayang sahabat =)

Sekian.


Actions

Information

3 responses

21 04 2010
graxdah

benda kecik je pon xingat besday org.:P

21 04 2010
k8121

huhu. Ok fine. Dah ingat dah. 2 November 1987.

21 04 2010
graxdah

wah.thanks:) 🙂 jgn lupe wish.tau r akan bz kerja ngn pet nt.insyaAllah.mane tau tgh outstation time tuh.he3

Leave a comment