Syuaib Nice

18 09 2011

image

image

Salam Sejahtera sahabat sekalian,

Tadi saya telah berjumpa dengan Syuaib di Tesco Ampang.Lama saya tak jumpa dia.Last time saya jumpa dia tahun lepas di Wangsa Walk. Waktu tu main boling sekali dengan Nazif dan Shukur.

Saya rasa segan sangat sebab ada ke patut dia bagi saya cendera mata dari France. sepatutnya saya yang dah kerja ni la bagi hadiah. Tapi saya terima la hadiah tu. Bagus memberi hadiah. Rasulullah ada kata memberi hadiah dan menyebarkan salam boleh mengeratkan hubungan.

tapi terkilan,sebab jumpa kejap sangat.banyak benda nak dibualkan. yela lebih setahun tak jumpa.tapi takpela,dia sibuk. ada hal famili yang nak di buat.

Syuaib ni tak berapa sehat. batuk batuk masa jumpa tadi. Baru habis.demam panas. harap segera sembuh Syuaib. banyakkan minum air suam eh.

terima kasih atas hadiah yang diberi. selamat menduduki tahun akhir Syuaib. all the best ye.

Posted from WordPress for Android





Konvoi Kawin Ke Utara Tanah Air

16 09 2011

Salam to all,
Tahniah diucapkan kepada sahabat sahabatku : Firdaus Ahmad, Zulfadhli Idris dan Zulhilmi Awang serta pasangan masing masing atas pernikahan yang telah disempurnakan semalam

Semoga hidup lebih sempurna,aman dan bahagia. Saya doakan semoga kehidupan selepas ini lebih bermakna.

Kami tiga kereta akan berkonvoi hari ini ke Taiping dan Kedah bagi menghadiri kenduri kawin mereka bertiga.Harap sempat ziarah semua sekali

to all peserta konvoi,selamat memandu

Posted from WordPress for Android





Kawin Tiga Serentak?

13 09 2011

image

image

Salam kepada semua,

Tak sangka begitu pantas masa berlalu. Tiktoktiktok jam berbunyi,hari berganti hari,kini telah sampai saat saat yang ditunggu tunggu iaitu Perkahwinan.

Kawin tiga serentak pulak tu. Ish Ish,rumah pun boleh kata dekat dekat juga.Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat bakal penganti baru buat tiga sahabat saya iaitu Zulfadhli,Zulhilmi dan Firdaus Ahmad yang akan menikah pada 17 September ini.

Jika tiada aral melintang,akan menghadiri perkahwinan tersebut.cepatnya masa. baru aritu kita pegi lecture dan tutorial sama sama,sekarang dah nak kawin!!

insyaAllah bakal menyusul.huhu





UPDATE : Samsung Galaxy Tab Saya

25 06 2011


Salam to all,
apa kbr semua pembaca blog saya?harap semuanya sehat. Saya akui kesetiaan saya kepada dunia blog semakin berkurangan. Tapi saya gagahi jua utk update sedikit sebanyak yg trlintas difikiran.

Nak tahu,saya baru beli gadget baru. Mulanya ingat nak beli sama ada iphone,blackberry ataupun samsung desire. Tapi akhirnya pilih punya piloh,saya terpikat dengan GALAXY TAB.

Maybe ramai yg masih belum guna disekeliling saya. Saiznya agak besar,sebesar buku diari,tapi function sama la dengan smartphone yg kain.cuma saya rasa puas bila guna sebab saiz skrinya agak besar.

Banyak application menarik.actually yg saya nak ialah gadget yg bolehkan saya access email kerja/peribadi,fb,twitter,video dan kain lain tp pada masa yg sama boleh call. GALAXY TAB saja yg boleh call,ipad dan BB pad tak noleh guna utk call.

So far saya puas hati dengan yang ini. Harga dalam rm1599.cuma tak boleh nak sisip dalam poket tp mesti di pegang dengan tangan seperti buku.

Apapun saya masih menggunakan hp sonny erickson lama sy dgn no lama.saya galakkan anda beli GALAXY TAB untuk kegunaan harian dimana jua.

Try it now!dapatkannya segera!





Jelajah ke UTP

25 04 2011

All the Best Jan08

Saya telah menyertai Jelajah Alumni RM Zon Timur baru baru ini ke UTP. Tujuannya untuk bersua muka dengan pimpinan dan warga RM yang telah lama tidak dijumpai.Bermula Khamis malam saya dan M Nirman, Zulhilmi Awang dan Redzuan meluncur menaiki Honda City ke Ibu Kota Kuala Lumpur dan bermalam di sana. Sempat saya bertemu dengan Syed Haq dan bermalam di sana.

Di UTP, ternyata sambutan amat memberangsangkan. Saya bertemu ke semua sahabat sahabatĀ  baik saya. Adik adik memberikan reaksi yang baik. Seusai solat jumaat di Masjid An-Nur UTP yang saya rindui, sahabat sahabat datang silih berganti untuk bersalam dan bertanya kabar. Ingin bercakap lebih lama dengan setiap seorangnya, namun tidak berkesempatan.

Sesi malamnya lebih menarik. Saya diminta menyampaikan sedikit suntikan semangat buat mereka sebagai pecutan terakhir menanti tibanya Ujian Tahun Akhir. Saya sentuh isu akademik yang ternyata kian meruncing dan mencengkam. Namun saya yakin, warga RM bakal bangkit keluar dari kelesuan dan akan bersedia untuk bertempur di medan peperiksaan.

Saya cukup gembira kerana peluang berada di UTP dapat digunakan untuk bertemu sahabat satu demi satu. Saat paling manis ialah bila dapat makan Kek Secret Recipe bersama sama sahabat sahabat Jan08.Teringat lagu UTP : hasil dituai benih disemai,laba dinikmati beramai ramai.Apa salahnya kan sekali sekala balik jumpa adik adik.Beri hadiah dan menyebarkan salam dapat mengeratkan hubungan persahabatan,

Alhamdulillah dapat bertemu kesemuanya yang ingin ditemui. Dapat keluar makan sama sama dan dapat solat subuh bermathurat sama sama,bermajlis bersama sama dan yang paling penting dapat berkongsi pengalaman dan pendapat dengan mereka semua.

Zaiyinul Ain, Presiden Rakan Masjid.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada adik adik kampus yang memberi layanan baik kepada kami semua dari Timur. InsyaAllah di lain kesempatan kami akan datang lagi ke bumi UTP yang tercinta.

Pali bagi Key-Chain,terus pasang pada Kunci Kereta Honda City Saya.hehe

Selamat Maju Jaya untuk peperiksaan Akhir Semester tidak lama lagi.Saya doakan kejayaan anda semua. Kepada batch Jan08, thanks ye.

notes : Dalam perjalanan balik sempat juga kami ke Genting Highland. Masuk rumah Sajli dan melihat panorama indah sambil menghirup angin gunung yang dingin (tak la dingin sangat).





Kegagalan Mengurus Konflik

18 03 2011

sekadar gambar hiasan

 

Salam Pembaca Blog Ikhlasdariku sekalian.

Seperti yang dijanjikan dalam FACEBOOK saya pagi tadi,saya tampil kali ini dengan tajuk MENGURUSKAN KONFLIK.Kita semua melihat konflik berlaku saban hari dalam kehidupan kita. Konflik menyebabkan negara berperang,ahli politik naik turun mahkamah,rumah tangga berantakan,keharmonian tempat kerja kucar kacir dan sesama sahabat tidak bertegur sapa.

Saya juga dilanda konflik. Konflik dalam diri memang sentiasa ada. Di tambah pula dengan konflik persahabatan dan konflik berkait pembelian aset.Pembaca mungkin sedar keadaan ini. Inilah antara konflik yang menggoncang kehamornian saya beberapa ketika sebelum ini. Kini semuanya semakin pulih.

Saya nak fokus pada KONFLIK BERSAHABAT. Saya sentiasa berhadapan dengan konflik ini. Kebanyakan konflik yang berlaku berjaya di atasi akhirnya. Namun ada juga beberapa konflik yang gagal dan berakhir dengan kerenggangan yang kekal. Memang sukar diterima awalnya. Tapi ini tidak lagi dapat dielakkan.Saya hilang beberapa sahabat dalam konflik yang berlaku.

Saya melihat KONFLIK berlaku dalam hampir setiap persahabatan saya. Saya tidak mahu ia berlaku. Tapi ia berlaku juga. Justru ia seolah menjadi satu Fasa wajib dalam persahabatan saya dengan manusia di sekeliling ini.Tapi 95% konflik yang berlaku,walaupun tidak menyenangkan namun berjaya selesai dan hubungan jadi lebih baik.

Saya serik untuk terheret ke kancah konflik lagi. Ia sangat menganggu hati nurani. Tapi ada baiknya ia berlaku. Kita lebih mengenali watak sahabat dan teman sekeliling dengan lebih baik. Ia menjadikan kita lebih sabar dalam menerima kelemahan dan kekurangan masing masing.

Komunikasi yang tidak betul menyebabkan hati dan perasaan terluka dalam konflik. Sikap ego dan tidak mahu berbincang menyebabkan fikiran sentiasa menduga-duga. Saya percaya Konflik tidak berjaya diurus kerana tidak ada komunikasi yang berkesan wujud.

MISCOMMUNICATION adalah punca konflik yang jelas.Kadang kala,orang lain gagal memahami maksud kita. Lain yang dikata,lain yang difahaminya. Lain yang kita cuba maksudkan,lain pula penerimaannya. Saya pun masih lemah dari segi ini. Tapi saya bertekad memelihara hubungan baik yang wujud dengan sahabat sahabat. Bagi yang telah pergi meninggalkan persahabatan..biarlah pergi. Kehidupan akan kuteruskan.

Sahabat,Teman,Kawan dan Kenalan Sekalian,

Maaf atas sebarang khilaf yang timbul. mari kita saling mengenal hati budi masing masing. Konflik akan timbul.Bersama kita selesaikan dengan BERKOMUNIKASI.

 

 

 





Harijadi ke-24 tahun.Mungkinkah yang Terakhir Buatku?

25 02 2011

Salam Sejahtera Semua.

 

Pada tanggal 24 Feb 2011 yang lepas maka genaplah sudah umur saya 24 tahun. Ini adalah tahun pertama saya di alam pekerjaan. Zaman persekolahan dan zaman universiti yang sangat best sudahpun berlalu. Kini terdampar di Kerteh Terengganu pula. haha. Apapun saya bersyukur Allah mempermudah perjalanan hidup sehingga ke tahap ini.

Terima kasih kepada yang mengucapkan Selamat Hari Lahir buat saya.Saya pun sebenarnya susah nak ingat harijadi orang. Sebab tulah harijadi saya pun ramai sahabat sahabat terdekat pun tak ingat. Tapi tak mengapalah. Tiada masalah.

Ajal,maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang Maha Esa. Kita sendiri tidak mengetahui bilakah saat itu akan menjelma.Kita hanya mampu merancang. Namun Tuhan juga yang menentukan.

Boleh jadi inilah tahun terakhir buatku hidup sendiri. Macam macam yang tergambar di fikiran mengenangkan fasa hidup yang bakal di tempuh. Fasa yang panjang. Fasa yang menjanjikan seribu satu macam cabaran dan dugaan. Moga Tuhan janjikan seribu satu kemanisan.Amin..

Merindui semua sahabat sahabat. Moga ukhwah tetap manis dan bertemu semula di Syurga Ilahi..ya Allah..perkenankanlah.