KERJAYA MENGAJAR TUSYEN

18 02 2010

Sewaktu saya berpraktikal di MTBE Malaysian Sdn Bhd Pahang pada awal Januari 2009,saya telah mendapat peluang mengajar tusyen sebagai kerjaya sampingan selain praktikal. Pertama di Pusat Tusyen biasa,mengajar subjek matematik tambahan tingkatan lima. Manakala untuk tusyen peribadi pula saya mengajar seorang pelajar bernama Syam untuk subjek matematik,matematik tambahan,fizik dan kimia.

Buat pengetahuan semua, Syam ini adalah anak kepada Dr Rozmey, seorang ahli perniagaan Produk pelangsing badan yang sedang meletup dalam negara.Syam ni tinggal bersama makciknya di Kuantan.Saya selalu berulang alik kerumah makcik syam, Kak Ti sepanjang saya mengajar Syam.Keluarganya sangat baik.Setiap kali saya datang,mesti disediakan makan malam,air minuman dan sebagainya.Malah siap ajak saya pergi melancong bersama sama keluarga mereka.Bukan hanya itu,saya turut dipinjamkan motosikal bagi memudahkan pergerakan saya.sometimes,keluarga tu juga pinjamkan kereta.Biasalah,mungkin orang berada kot.

InsyaAllah,Kak Ti dan suaminya ada meminta saya untuk mengajar anaknya semula selepas saya graduate hujung bulan Mei ni. Syam tahun ni SPM. so mungkin dia perlukan bimbingan intensif bagi persiapan peperiksaan.Kerjaya tusyen ni bagi saya sangat lumayan. Apa tidaknya,semasa praktikal tempohari,saya dapat mengumpul sejumlah wang sekitar 5-6k.Boleh jadi wang muka kereta Myvi kegemaran saya.Haha.

Berikut ialah profile Dr Rozmey yang saya baru jumpa dalam portal berita Mstar Online.

Siapa Dr Rozmey?

Oleh ZIEMAN

TIBA-TIBA saja, nama Datuk Dr Rozmey Che Din meniti di bibir peminat filem Melayu kerana kebijaksanaannya mencipta strategi memasarkan filem sulungnya berjudul ‘2 Alam’.

Siapa sebenarnya Dr Rozmey? Antara fakta menarik tentang Dr Rozmey:

1) Seorang pakar sakit puan dan perbidanan sebelum menjadi tauke produk ‘Just Mate 5’.

2) Melabur lebih RM 2.5juta untuk filem ‘2 Alam’.

3) Idea asal, jalan cerita dan garapan ‘2 Alam’ adalah dari Dr Rozmey sendiri.

4) Menyasarkan kutipan 12 juta untuk ‘2 Alam’.

5) Diiktiraf ‘Ikon Juara Rakyat’ kerana ada lebih 200 ribu penyokong ‘Just Mate 5’.

6) 300 staf dan 4 wartawan bertugas untuk promosi jenama ‘dR Rozmey’.

7) Tidur 4 jam sehari.

8.) Sasar pencapaian bilion ringgit pada 2013.

9) Ilhamkan program realiti ‘Akademi Langsing Just Mate 5 Jutawan Dr Rozmey.

10) Selesa menggunakan gantinama ‘Doktor’.

11) Ada 4 buah filem baru yang akan diterbitkan.

12) Produk ‘Just Mate 5’ akan menembusi pasaran Indonesia tidak lama lagi.

Advertisements