No Badminton for Today

17 04 2010

Harini rasa seronok ada orang ajak main badminton.Saya pun pergilah court. Kelihatan beberapa orang dah sampai dan dah main dah pun. Mereka main single.Saya lewat sikit. So warm up dulu dan tengok mereka ber empat main single.

Saya tunggu punya tunggu. Set bertukar set. Pemain bertukar gelanggang. Saya pun melanguk lah tunggu kat kerusi tu.Bila masing masing selesai main single,terus start main double.Saya pun kata,bila saya dapat main?At least bagila main single dulu.Then mainlah double sampai ke petang.

Since mereka ber empat dah main double,dan saya pulak nampak macam takde orang pedulikan,saya ambil keputusan balik.Buat apa nak tunggu lagi.Buang masa aku je.Lain kali takyah ajak k.

Baik pergi sarapan dan duduk bilik.





A Lesson Learnt

6 04 2010

sebentar tadi, seseorang telah PM saya menerusi gtalk. Mungkin dia sudah membaca post saya yang bertajuk Terasa Hati vs Terasa Benci.Tidak perlulah saya nyatakan siapa. Cuma dia ada bertanya, apakah salah dia?

Ya,dialah orang yang saya maksudkan.Dan shbt ini telah muncul sebentar tadi.Saya tidak ingin nyatakan apa salahnya.Mungkin dia tidak menyedarinya.Mungkin syawal boleh memberi penerangan padanya. Harap syawal masih ingat butirannya.Jika syawal tidak yakin,sila dapatkan kepastian terlebih dahulu.

Dia mengakui saya nampak moody sejak akhir akhir ini.Tapi dia kata dia tak ingin bermasam muka sebab ia tidak sehat.Dia minta maaf sekiranya ada khilaf yang berlaku. Baiklah.saya maafkan.

Saya tak banyak bercakap dengan anda bukan sebab apa apapun. Saya hanya ingin get my message crossed. Saya nak tengok anda ini peka atau tidak dengan sahabat anda. Itu saja.

Takpelah. Tempoh percubaan dah habis. Saya dapat satu mesej dari semua ini. Dan saya belajar satu perkara tentang anda pada hari ini. What a lesson I learn today!





Terasa Hati vs Terasa Benci

5 04 2010

salam..

Terasa Hati

Saya ni jenis yang ceria,suka bergurau dan suka mengusik kawan kawan. Karakter saya adalah ceria sebenarnya. Tapi pada masa yang sama,karakter saya boleh berubah sekelip mata bila saya merajuk/kecik ati/sakit hati/marah.

Saya agak mudah kecik ati sebenarnya.Dulu sangat mudah,sekarang dah jarang sket.dan untuk tahu saya kecik hati sangat mudah.Saya ulang, teramat amat mudah. Jika saya tiba tiba tak bercakap dengan anda,itu mungkin satu petanda ada something wrong.Mungkin saya sedang kecik ati.Mungkin juga saya sedang tak puas hati or marah dengan tindakan anda.

Mungkin tindakan saya ini sangat tidak menyelesakan anda. Tapi hati saya juga sangat terluka dengan sikap anda.Tujuan saya berdiam diri dan tidak bercakap lansung dengan anda adalah sebagai signal saya tersinggung dengan tindakan anda

ada yang akan sedar tindakan mereka. dan ada juga yang akan kata ‘apa aku dah buat’? terpulanglah.Tak dinafikan dalam waktu sekarang ni saya memang senyap,tidak bercakap banyak dengan 3 orang. Dua orang budak tahun akhir dan sorang lagi sorang Hicom MPP.

Dengan 2 orang budak tahun akhir ni,rasanya dah takda apa apa masalah.Cuma nak tunggu masa je nak sembang dan jadi ok. Tapi yangg sorang lagi tu..mungkin dia tak tahu saya tersinggung dengannya. Mungkin dia tak perasan tindakannya yang mana yang menyinggung saya.Atau mungkin dia tahu,tapi pura pura tak tahu.

Terasa Benci

lagi satu,dalam rumah saya ni orang suka hempas pintu.rasa mcm nak tersinggung,tapi bila fikir fikir balik,rasa buang masa je nak tersinggung. Tapi saya teringin nak puji seseorang dalam rumah saya ni. dari dulu saya perhati perilaku dia.

Dia bila tutup pintu bilik dia,dia mesti tutup dengan baik. Tak pernah hempas.Saya selalu perhati.Dia ni orang yang sangat dihormati dan paling berautoriti. memang layaklah dia dengan kedudukan dia.Saya sangat hormat dia.

kepada yang suka hempas pintu,teruskanlah amalan mulia itu. Hempas kuat sket.baru best.baru  terasa benci.





MENGECEWAKAN

9 02 2010

July09 sudahpun berlalu. Peperiksaannya pun sudah berlalu.Resultnya pula sudah diketahui.Apa lagi nak dikatakan.Yang Dean List, yang 3.0 pointer, yang hampir hampir CM, yang CM dan yang under probation pun sudah diketahui. Saya sudah menghidu sedari awal lagi bahawa keputusan July09 akan jatuh lebih teruk dari yang sebelumnya.

Justeru saya banyakkan bercakap,saya ingatkan semua,saya bentangkan analisis,saya menulis kepada yang CM,saya lakukan kerja saya sebagai sahabat.Saya lancarkan kempen kesedaran,saya turun bilik ke bilik mereka,saya perah otak,saya gerakkan pasukan saya,dll.

Alhamdulillah,ramai yang menunjukkan peningkatan positif. Cuma yang mengecewakan saya ialah mereka mereka yang hampir dengan saya. Orang yang paling saya rapati,orang yang paling banyak saya peringatkan,mereka yang mendapat peringatan langsung dari saya,mereka ini yang ramai merudum resultnya.

Kecewa?entahlah,susah nak cakap.Pandai pandailah mentafsirkannya.Tak mengapalah itu semua sudah lepas. Tapi kini ia seakan akan berulang semula. Kita sudah diminggu ke-3 sekarang namun momentum kebanyakan mereka tidak terasa.rasa macam tiada drive,tiada semangat. sepatutnya awal awal ini semangat berkobar kobar. Bukankah kita semua ini sudah sedar?

Tidak cukup lagikah dengan apa yang sudah berlaku?Tidakkah kita sedar sahabat sahabat kita yang sudah tidak bersama kita?sedarkah kita?sedarkah kita bahawa ada yang telah dan yang akan meninggalkan kampus tidak lama lagi?Ingatlah sahabat. Saya tak ingin ini perkara ini berulang. Saya tak ingin jika perkara ini menimpa anda semua.Perlu diingat dikalangan anda cukup ramai yang dalam keadaan bahaya. Jika masih leka, saya pasti anda sedang menempah tiket keluar dari kampus ini.

Saya sudah malas nak cakap banyak.Anda sudah dewasa.Berubahlah untuk diri anda sendiri.Berubah dan berusaha demi masa depan anda sendiri.Bagi yang punya ibubapa, ingatlah ibu bapa dan harapan harapan mereka.Jika nasihat saya sebagai sahabat,sebagai abang tidak berkesan buat anda,abaikanlah.

Sayangi ibu bapa,sayangi masa depan anda.Buktikan anda benar benar berubah. Bukan dengan mulut. Tapi dengan tindakan. Sekian.