Syuaib Nice

18 09 2011

image

image

Salam Sejahtera sahabat sekalian,

Tadi saya telah berjumpa dengan Syuaib di Tesco Ampang.Lama saya tak jumpa dia.Last time saya jumpa dia tahun lepas di Wangsa Walk. Waktu tu main boling sekali dengan Nazif dan Shukur.

Saya rasa segan sangat sebab ada ke patut dia bagi saya cendera mata dari France. sepatutnya saya yang dah kerja ni la bagi hadiah. Tapi saya terima la hadiah tu. Bagus memberi hadiah. Rasulullah ada kata memberi hadiah dan menyebarkan salam boleh mengeratkan hubungan.

tapi terkilan,sebab jumpa kejap sangat.banyak benda nak dibualkan. yela lebih setahun tak jumpa.tapi takpela,dia sibuk. ada hal famili yang nak di buat.

Syuaib ni tak berapa sehat. batuk batuk masa jumpa tadi. Baru habis.demam panas. harap segera sembuh Syuaib. banyakkan minum air suam eh.

terima kasih atas hadiah yang diberi. selamat menduduki tahun akhir Syuaib. all the best ye.

Posted from WordPress for Android

Advertisements




Konvoi Kawin Ke Utara Tanah Air

16 09 2011

Salam to all,
Tahniah diucapkan kepada sahabat sahabatku : Firdaus Ahmad, Zulfadhli Idris dan Zulhilmi Awang serta pasangan masing masing atas pernikahan yang telah disempurnakan semalam

Semoga hidup lebih sempurna,aman dan bahagia. Saya doakan semoga kehidupan selepas ini lebih bermakna.

Kami tiga kereta akan berkonvoi hari ini ke Taiping dan Kedah bagi menghadiri kenduri kawin mereka bertiga.Harap sempat ziarah semua sekali

to all peserta konvoi,selamat memandu

Posted from WordPress for Android





Kawin Tiga Serentak?

13 09 2011

image

image

Salam kepada semua,

Tak sangka begitu pantas masa berlalu. Tiktoktiktok jam berbunyi,hari berganti hari,kini telah sampai saat saat yang ditunggu tunggu iaitu Perkahwinan.

Kawin tiga serentak pulak tu. Ish Ish,rumah pun boleh kata dekat dekat juga.Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat bakal penganti baru buat tiga sahabat saya iaitu Zulfadhli,Zulhilmi dan Firdaus Ahmad yang akan menikah pada 17 September ini.

Jika tiada aral melintang,akan menghadiri perkahwinan tersebut.cepatnya masa. baru aritu kita pegi lecture dan tutorial sama sama,sekarang dah nak kawin!!

insyaAllah bakal menyusul.huhu





Bowling Bersama Syawal,Umair,Izwan dan Yazid

24 07 2010

Bukan sahabat. Tapi adik adik kampus.

Salam semua. Saya sudah masuk hari ke-2 di UTP. Harini sekitar pukul 1 petang, Saya bersama adik adik kampus (Syawal,Umair,Izwan dan Yazid) telah pergi ke Ipoh untuk bermain bowling. Idea ni sebenarnya cukup spontan. Tapi saya terus setuju. Bukan apa. Bukan senang nak balik kampus dah lepas ni. So better masa yang ada digunakan bersama sama sahabat.

Syawal

Kami pergi naik kereta Syawal. Banyak betul dugaan kami hadapi harini. Cuba anda bayangkan…Pegi Ipoh Parade tapi bowling kat sana dah disewa orang untuk buat tournament. Then pergi pulak ke Greentown Mall. The same thing happen. Tempat ni pun orang guna untuk tournament. So kami pun bergegas pula ke JJ. nasib baik ada.

Umair

Saya kagum dengan Syawal. Dia sabar. Hari dah la panas terik. Banyak kereta. Kena bayar parking lagi. Sesak sana sini. Tapi dia tak mengeluh dan putus asa. kalau saya maybe awal awal lagi dah balik.

Izwan

Kami main tiga games. Setiap orang baling 30 kali. Just imagine berapa lama kami main..memang kitorang main sampai bosan la..haha..Game 1 saya kalah (fine).Game ke-2 Syawal kalah..Manakala game ke-3 Umair kalah. So mereka mereka yang kalah kena belanja makan KFC (judi ke ni?takkan?)

Yazid (baju oren)

Kami solat dan makan sama sama. Dah dekat pukul 9 malam sampai UTP semula. Alhamdulillah seronok. Minta maaf kepada syawal,umair,izwan dan yazid kerana tak dapat belanja anda semua lagi. InsyaAllah jika ada rezki dimasa depan boleh kita pergi lagi. Maaf atas silap dan salah. nanti intern jangan lupa pergi Kertih ya.

Salam.

note : Gambar2 masa bowling tak dapat Upload. wayar tinggal kat KL.





Minggu Untuk Berpesta

6 05 2010

PERSEDIAAN UNTUK MINGGU PESTA ILMU :

Minggu depan pesta akan bermula. IRC akan penuh sesak dengan anak anak muda. Buku buku berselerak di atas meja. mesin mesin fotostat akan sebok. Kertas kertas akan diconteng conteng.Kertas final dan test test akan sangat laku.Air nescafe dijangka laris.

Inilah gambaran minggu pesta tidak lama lagi. UTP sekali lagi dilanda demam exam.Persoalannya,sejauh mana persediaan kita?Kita perlulah mengatur strategi sebelum pesta ini bermula. Jika salah strategi masa seminggu akan terbazir begitu saja. Dalam politik,jika parti bertanding gagal menggunakan strategi dengan betul,maka parti mungkin akan tewas.

Berikut adalah strategi strategi yang kita boleh applikasikan :

Print outline setiap subjek. tandakan chapter mana yg dah belajar dan mana yang lecturer tak sentuh. If tak pasti tanya kawan utk ini.jadi takdelah buang masa baca subjek yang lecturer tak cover.

*****************************

Dalam minggu ini dan sepanjang study week minggu depan,kumpulkan sebanyak mungkin tips lecturer yang mungkin sedang berlegar legar dalam batch kita. Tumpukan perhatian yang lebih bagi tips tips ini.

*****************************

Buat jadual ulangkaji secara kasar sepanjang tempoh seminggu (mulai minggu depan). cadangan saya ialah untuk kita bahagikan waktu study kepada tiga iaitu PAGI,PETANG,MALAM. jadi kita boleh fokus 3 subjek dalam sehari.

*****************************

Ulangkaji mulai dari bab 1 bagi setiap subjek.Tandakan part part yang kita tak faham.Jadi fokus kita ialah untuk jumpa kawan atau lecturer untuk selesaikan isu tak faham ni.

*****************************

Manfaatkan kawan kawan kita yang mahir dalam subject tertentu.Ajak mereka untuk study  bersama kita ataupun sekurang kurangnya rujuklah mereka jika ada soalan.Elakkan budaya bertanya last last minute. Sebab semakin dekat dengan exam,orang akan menjadi lebih individualistik.Mereka inginkan masa bersendirian.

*****************************

Manfaatkan IRC. Elakkan balajar depan internet dan atas katil. IRC adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk mengulangkaji.

*****************************

Jangan lupa jawap soklan tutor,test dan past year exam.Soalan final takkan lari jauh dari 3 sumber ini.

*****************************

AYUH BERPESTA





Comelnya Dia

28 04 2010

Damn..!

rasa macam nak cakap ‘damn’ je harini. Sebab apa?sebab saya takleh jawab test tadi. Rasa down sangat jawab test facilities tadi.Bukan tak prepare,tapi soklan susah nak tafsir. Tapi takpelah dapat jawap sket pun jadilah. Nasib baik test test lain dapat jawap dengan elok.

Tadi lepas test terus pegi MAIKS. duduk sekali ngan Pali. rasanya selama MAIKS diadakan,tula first time duduk sebelah dia.Mungkin jugak kali terakhir kot sebab lepas ni….sob3..sedih plak.

Comelnya Dia???siapakah yang comel ni?Begini ceritanya. Tadi lepas balik MAIKS kami nampak seekor ibu kucing dengan anak anaknya. Betul betul depan cafe poket D. Warna kucing tu oren. anak dia ada warna oren dan ada warna putih.

Comelnya dia..saya sebenarnya sangat suka kucing. Saya dulu pernah ada kucing warna putih.Tapi dah mati.Saya kalau jumpa kucing mesti nak belai. So tadi saya,pali dan harith singgah kejap untuk main main dengan kucing tu. Masa tu Fauzi Abd Kadir dah sedia bersenda gurau dengan kucing tu.

Tapi pelik la. Kucing tu semua diam je. Tak bercakap pun. Eh silap..tak mengiyau pun. Senyap je. Ibu dia perhati je anak dia main main. Gemuk tul kucing tu. Ingatkan marah orang main main dengan anaknya. Tapi tak.Dia izinkan. tapi sayang tak sempat nak ambik gambar diorang (diorang??).

Saya rindu seekor kucing ni. Last sem saya selalu jumpa kucing tu kat tangga v5b ni. Kucing tu nampak macam lembu. warna putih pastu ada tompok tompok hitam. Kucing tu aktif,gemuk dan comel. Tapi tak brapa manja sangat.

macam ni la lebih kurang rupa kucing yg saya suka tu?ada sapa2 nampak dia kt mana?

saya suka kucing color ni

Sem ni saya dah tak jumpa dah kucing tu.Mana ntah dia pergi.Rindu dia..





Bola Sepak:Satu Pandang Sisi

17 04 2010

Sejak akhir akhir ini,aku menjadi sangat rajin mengemaskini blog. Kedua dua blog yang aku ada,iaitu blog Isu Semasa dan juga blog Ikhlasdariku ini sentiasa menerima input input baru dari kotak pemikiran aku yang sedang banyak idea pada waktu ini.

kusyuk menonton bola

Jum cerita bab bola. Ramai yang akan pertikai autoriti aku untuk bercakap pasal Bola.Sebab umum mengetahui aku ni tidak gemar langsung bola sepak.Simply not my taste.Namun,game ini kesukaan hampir semua sahabat sahabat aku.So respect la sket.Dalam rumah aku ni,70% adalah peminat tegar bola sepak. OK  fine,jum direct to the point. aku ada cerita nak share dengan korang semua ni..

amat kusyuk

Tadi lepas maghrib aku,nik,babel,daus ,zul dan Tirmizi pergi makan malam di Taman Maju.On the way mereka ada sebut sebut pasal bola.aku pun tak kisahla kan,sebab match bola biasanya pukul 2 pagi.So of course aku takkan melibatkan diri.

boleh tahan kusyuknya

Tak semena mena,rupanya game bola betul betul sedang ditayang di kedai makan. Manchester United lawan Manchester City ketika itu.aku pun cakap dalam hati “o damn,abislah aku.budak budak ni mesti nak tengok sampai habis ni.bosan la gini”.Budak budak ni bukan main seronok lagi.ish ish.

tok lebai pun suka bola.jgn main main

Well,memang betul. Tepat sekali jangkaan aku. Budak budak ni balun tengok sampai habis.Kughang asam tul.Terpaksalah tempah fries bermangkuk mangkuk untuk dimamah waktu tengok bola tu. Tapi aku senyap je la sbb nak jaga hati diorang.So aku pun layan la bola tu walaupun aku ni takde nafsu langsung nak tengok.Aku cuba hayati betul betul dengan segenap jiwa dan raga aku ni.

Akupun terus cuba menghayati perlawanan yang sedang berlangsung.Memang game tu suspens habis la.Peluang untuk gol selalu di sia siakan pemain.Best jugak sekali sekala tengok match bola.Di kalangan kami semua malam tu ada beberapa golongan yang wujud. Pertama penyokong Manchester United (Daus,babel,zul,mizi) manakal nik adalah penyokong tunggal Manchester City.Aku atas pagar cukup la.

Semua pemain walaupun nampak hebat hebat belaka namun sekor pun tak jaringkan gol sehingga la masa game tamat. Nasib baik pengadil tambah 3 minit lagi.Yang mengejutkan aku tak lain tak bukan ManU berjaya jaringkan gol beberapa saat sebelum masa 3 minit tu habis!Hebat!Great!Kecewa Nik Afifi dibuatnya.

Apa lagi,bertempik la penyokong ManU.Yang paling kuat sekali tempikannya ialah  ^%&%%$.(cuba teka siapa).Kalau adik adik dia nampak,mesti diorang tak caya punya.Memang dia naik sheih la time tu.Mungkin tengan happy giler kot team kesukaan dia score gol.Tapi takpela..standard la tu..

Well,dekat 9.30 gak balik UTP. abes solat isya kat masjid terus g Ijtima Sanawi RM di LH1.

Pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni ialah,kita manusia ni memiliki hobi,minat dan kecenderungan berbeza beza.Tidak semua orang minat apa yang kita minat dan tidak semua benda yang orang lain minat kita minat. Faham tak? (huhu). Akhirnya kita mestilah belajar menghargai minat dan hobi sahabat sahabat kita. Betul tak?Jadi aku minta maaf kat semua kalau memperlekeh bola sepak selama ni.Aku hargai kesukaan korang semua.

Sekian.Happy Reading.Peace.