I Have A Dream

13 07 2010

Mimpi adalah perhiasan tidur. Adakalanya kita ingat dan adakalanya tidak. Adakalanya indah dan ada ketikanya seram. Namun peganganku cuma satu. Mimpi yang baik itu dari Allah.Manakala mimpi yang buruk itu dari syaitan (Hadis Nabi rasanya).

Semalam saya mimpi ada family day (FD). Dalam family day ni saya bertemu dengan sahabat sahabat saya. Antara yang saya temui ialah Faidhah Hassan, Zulfadhli  Idris, Aizuddin Halim, Abdul Muiz Ismail, Istiazah dan Fadhli Sayutti. Ada lagi yang lain rasanya tapi saya tak ingat.

Faidhah Hassan

Faidhah dalam mimpiku ini telah mengalami satu kejadian. Dia tiba tiba di timpa sakit perut. Lalu datanglah ibu bapanya untuk mengambil beliau pulang. Kesian dia. Tak dapat nak habiskan family day dengan kami semua.

Zulfadhli Idris & Istiazah

Zul adalah rumate saya. Istiazah pula adalah rakan baik saya. Saya mimpi saya telah menerima satu surat dari Istiazah. Tak ingat pasal apa. Pasal kerjaya mungkin. Istiazah tak ada dalam mimpi tu. Hanya suratnya saja yang ada. Zul pun turut sama membaca surat tersebut bersama saya. Kenapa ek tiba tiba mimpi pasal Istiazah?

Mungkin sebab sehari sebelumnya saya teringin nak mesej dia. Tanya dah dapat keje ke belum?Dalam fikiran saya, saya menjangkakan yang Istiazah mungkin telah bekerja dengan Top Glove di Ipoh.

Abdul Muiz bin Ismail

Saya jarang mimpi jumpa budak ni. Dalam mimpi ni saya argue/bertekak pasal satu perkara dengan dia. Tak tau napa. Di dunia nyata ada je benda yang kami debatkan (especially pasal LAKAD la). Tapi saya tak berapa ingat apa yang kami gaduhkan waktu dalam mimpi tu.

Saya tau sebab apa, Maybe sebab malam tu dalam FB dia ada kacau kacau saya. Dia ni tak tau la. macam tak suka je dengan saya. Dia macam selalu menyebelahi orang lain macam Hadi,Hidhir dan lain lain. Fine!

Aizuddin Halim

Saya selalu gak jumpa dia ni dalam mimpi saya. Dia dah lama tak contact saya. Saya tunggu je. Dalam mimpi tu kami bercakap cakap la. Tapi macam tak logik sikit apa yang dia cakap. Dia kata “minta maaflah sebab tak datang raya umah abang aritu”. Motif? Actually dia ada datang di dunia nyata.

Maybe dia bizi sangat rasanya.Dulu selalu je mesej.sembang. Tapi sekarang dah tak ada dah…

Fadhli Sayutti

Saya selalu mimpi jumpa dia ni. Dalam mimpi ni Fadhli ni lewat datang ke Family Day. Ingatkan dia tak datang. Last last dia datang. Jumpa die tengah lepak lepak dengan kawan kawan dalam bilik. Terkejut tengok. “Eh Pali..bila sampai?Ingatkan tak datang..Salam sikit” ujar saya. Tapi dia tak nak pun salam.

Sedih lak rasanya.Nape ek Pali macam tu?

Tujelah yang saya mimpi.Hari ni saya pergi hantar sahabat baik saya , Firdaus Ahmad (Babel) pergi interview di sebuah syarikat bernama FOWCO di Damansara. Lepas tu hantar dia balik ke Bukit Jalil sebab dia nak ke Ipoh. Petang ni 4-6 dan 8-10 ada tusyen lak.

K lah. Jumpa lagi. By pembaca sekalian.Saya ada satu benda nanti nak update lagi dalam blog ni. Tunggu ye.





Mimpi Menang Pilihanraya Umum

12 04 2010

Saya banyak perkara yang ingin ditulis mengenai mimpi. Apapun saya ingin berkongsi mimpi yang saya alami malam tadi.Dalam setting mimpi itu,saya berada dalam situasi Pilihanraya Umum ke-13 rasanya. Saya tak tahu kenapa saya  bertanding di Dun Gemencheh atas tiket Barisan Nasional.

Sama ada berlaku bantahan dari UMNO tempatan,sama ada terdapat sokongan akar umbi untuk saya bertanding tidak timbul langsung dalam mimpi tu. Tiba tiba je terus jadi calon.Dan tiada pula yang membantah dan menghalang saya bertanding. Dan saya tidak ingat siapa lawan saya. Jika di alam nyata, PAS la sepatutnya berentap dengan saya.

Dan yang pasti bila keputusan diumumkan,saya di isytihar menang. Saya tak ingat majoriti saya berapa banyak. Tapi dalam mimpi itu saya hanya melihat skrin besar. Dun Repah disebelah Dun Gemencheh pula dimenangi DAP.Wah terkejut rasanya.Ramai gak yang ucap tahniah.Ramai gak orang yang saya temui selepas kemenangan tu antaranya mak ayah  sendiri la kan. Ramai jugak pengundi yang mengucapkan tahniah.

Tidakkah pelik rasanya?di dunia nyata saya tidak bersama Barisan. Tiba tiba di dalam mimpi saya bertanding pula atas tiket Barisan Nasional. Saya tak boleh bayangkan macam mana saya nak bekerja dengan parti yang begitu asing bagi saya.Harap harap saya takdelah sampai makan rasuah dan bolot projek untuk diri sendiri.Huhu