Sejarah Smart Group (SSG)

4 04 2010

Salam.

Semasa mendengar ceramah Presiden Teras di Masjid An Nur tadi,saya telah terpandang beberapa kerat manusia yang memakai baju t-shirt kuning. Dibelakangnya tertulis *Smart Group*.

Bila cakap pasal smart group (SG),saya teringat yang saya dulu ada SG juga. Senang cerita semua student UTP pernah ada SG. betul tak?Kita diberi peluang bersama SG sejak dari minggu orientasi lagi.

SG ni senang criter Usrah la..bukan benda baru pun. Tapi memang perkara yang Nabi buat dulu. Letak nama SG supaya kedengaran lebih catchy. Ada student setia dengan SG,tapi ada juga yang cabut lari.

Punca puncanya mungkin SG tak dikendalikan dengan baik,fasilitator SG yang tak aktif atau mungkin adik adik ni tak minat. Kesannya student UTP umumnya tidak merasai nikmat SG/usrah ni.

Namun RM tak pernah putus asa. Pimpinan berganti pimpinan. idea berganti idea. RM yang menjadi platform terbesar pelajar islam UTP tidak pernah jemu dengan gerak kerja mereka.

Kini mereka tampil dengan idea baru pula iaitu dengan T-Shirt. Masul Tanzim Jabatan Nuqaba (TJN), saudara Mohd Fadhli Sayutti beserta teamnya telah come out dengan idea  t-shirt ini. Siap ada logo lagi.design baju nyer pun cukup menarik.

Saya galakkan anda semua beli or atleast galakkan adik adik SG beli supaya roh SG ni lebih terasa. Tak mahal mana pun. RM28 je.Saya ingin mencadangkan kepada Fadhli Sayutti,wajibkan ahli RM untuk beli dan pakai. Start dari presiden sampai la ke lujnah lujnah. So tambah satu lagi koleksi baju korang selain yang warna biru BN tu..huhu.

Saya dulupun ada SG. Masa mula2 masuk dulu fasilitator SG saya ialah abang Ariff Shah,bekas Presiden RM. Alhamdulillah SG ni banyak membimbing saya dalam mengharungi hidup di UTP ni. Dulu ramai dalam SG saya. Yang setianya tak ramai….

Terima kasih RM. terima kasih fasi SG. kerana jasamu, aku menjadi diriku pada hari ini. Alhamdulillah.