UPDATE : Samsung Galaxy Tab Saya

25 06 2011


Salam to all,
apa kbr semua pembaca blog saya?harap semuanya sehat. Saya akui kesetiaan saya kepada dunia blog semakin berkurangan. Tapi saya gagahi jua utk update sedikit sebanyak yg trlintas difikiran.

Nak tahu,saya baru beli gadget baru. Mulanya ingat nak beli sama ada iphone,blackberry ataupun samsung desire. Tapi akhirnya pilih punya piloh,saya terpikat dengan GALAXY TAB.

Maybe ramai yg masih belum guna disekeliling saya. Saiznya agak besar,sebesar buku diari,tapi function sama la dengan smartphone yg kain.cuma saya rasa puas bila guna sebab saiz skrinya agak besar.

Banyak application menarik.actually yg saya nak ialah gadget yg bolehkan saya access email kerja/peribadi,fb,twitter,video dan kain lain tp pada masa yg sama boleh call. GALAXY TAB saja yg boleh call,ipad dan BB pad tak noleh guna utk call.

So far saya puas hati dengan yang ini. Harga dalam rm1599.cuma tak boleh nak sisip dalam poket tp mesti di pegang dengan tangan seperti buku.

Apapun saya masih menggunakan hp sonny erickson lama sy dgn no lama.saya galakkan anda beli GALAXY TAB untuk kegunaan harian dimana jua.

Try it now!dapatkannya segera!





Abdul Shukur Bin Mohamad

5 05 2010

Hari ni, 5 mei 2010 genaplah usianya 23 tahun.Selamat hari jadi saya ucapkan buat sahabat saya Shukur.Semoga pertambahan umur akan menjadikan kita  semua lebih insaf akan hakikat hidup ini. Kerana hidup kita semua ibarat segelas air. Biar diminum sedikit demi sedikit,namun akhirnya ia akan habis juga.Kita semua akan mati jua akhirnya.

Buat pengetahuan semua,Shukur adalah sahabat yang saya kenali sejak fondation lagi.Dialah antara orang yang saya rapat sejak 5 tahun lampau.Jurusan kami sama (CE). Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Ibunya keturunan cina. Tidak hairanlah dia ada rupa cina. Shukur ni ada 2 adik beradik je. Abg dia nama Hakim.

Shukur ni significant juga orangnya..Dialah orang pertama di dunia ini yang memanggil saya dengan nama ‘ZAMAN‘  (ulangan :di dunia). Dalam keluarga saya di panggil Kamal. Di sekolah lama,semua orang panggil saya Kamarul. Sebagai tanda penghargaan saya pada Shukur ni,saya letak dalam matrik kad saya nama Zaman. Kini semua orang panggil saya dengan nama ini. Jadi anda boleh lihat betapa akrabnya kami.

Shukur ni pandai menyanyi. Saya pun tak kurang jugak hebatnya. (Haha). Semua orang tahu Shukur pandai menyanyi. Di sekolah asalnya, SMAP Kajang dia pernah menang nasyid kebangsaan kot! Tempohari beliau mengulangi kejayaan di UTP dengan muncul johan MIS 2010. Tahniah.

Shukur..orangnya baik hati. Jarang nampak dia marah. Susah nak tengok dia marah.Relek je muka dia. Kena marah pun relek. Kena lecture ngan saya pun relek. Serba serbi relek. Dia kidal. Tulis tangan kiri. Sama ngan saya. Semasa kami fondation second dulu,Saya duduk v5f dan dia masih di v1c. Waktu tu saya jalan kaki je g lecture di LH. Sebelum pergi lecture,mesti datang bilik dia dulu. G sama sama ngan dia.

Dulu kami selalu study sama sama. Jawap soalan test sama sama. Short-term memory dia cukup bagus. Long term memory?Haha..nampaknya Shukur kena rajin lagi study.Dia suka main bola dan game bola. Tu la kegemarannya dari dulu hingga kehari ini.

Apapun, Sama sama kita doakan kebaikan untuk beliau. Semoga berbahagia didunia dan akhirat. Semoga persahabatan kekal sampai bila bila. Selamat hari jadi ke-23.





Betulke Negeri Sembilan Syurga Obesiti?

30 04 2010
ihsan : sebuah blog
Negeri Sembilan mencatatkan peratusan penduduk gemuk paling tinggi di negara ini dengan 18.6 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai gemuk dan 15.7 peratus mempunyai ukur lilit berlebihan. Malah hasil Kajian Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 2006 mendapati kanak-kanak di negeri ini adalah yang ketiga tertinggi di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Keadaan ini membimbangkan berikutan gaya hidup masyarakat kini yang kurang bersenam, tekanan dan cenderung memilih yang `segera’ termasuk dalam penyediaan makanan. Kegemukan atau obesiti adalah antara punca menyebabkan peningkatan kes penyakit jantung dan diabetes. Sehubungan itu, kerajaan memperkenalkan Program Berjalan Kaki 10,000 Langkah bagi mengubah sikap masyarakat supaya lebih rajin bersenam, sekali gus mengurangkan masalah kegemukan, menjaga kesihatan jantung dan menurunkan berat badan.

obes

“Program ini dipopularkan oleh masyarakat Jepun dan dipromosikan pelbagai organisasi dunia seperti Yayasan Jantung Britain kerana terbukti mampu mencegah serta mengawal hipertensi dan diabetes“. Diakui bukan mudah untuk mengira setiap langkah ketika berjalan kecuali mempunyai mesin pedometer, namun, amalan berjalan kaki kira-kira 30 minit sehari akan membuka jalan kepada mencapai matlamat berjalan 10,000 langkah setiap hari.
obes
inilah bezanya masyarakat kita dengan kebanyakan masyarakat di rantau ini. begitu juga secara rambangnya kita perhatikan bahawa masyarakat melayu lebih ramai yang gemuk berbanding dengan kaum Cina atau India. salah satu puncanya ialah amalan pemakanan masyarakat kita yang banyak makan makanan berlemak dan bergoreng.”masak lomak cili api” adalah menu popular di Negeri Sembilan***
nota : Penulis blog ini dilahirkan di Pahang. Beliau hanya menetap di Negeri Sembilan. So jangan kaitkan penulis dengan isu obesiti ni ok.




Comelnya Dia

28 04 2010

Damn..!

rasa macam nak cakap ‘damn’ je harini. Sebab apa?sebab saya takleh jawab test tadi. Rasa down sangat jawab test facilities tadi.Bukan tak prepare,tapi soklan susah nak tafsir. Tapi takpelah dapat jawap sket pun jadilah. Nasib baik test test lain dapat jawap dengan elok.

Tadi lepas test terus pegi MAIKS. duduk sekali ngan Pali. rasanya selama MAIKS diadakan,tula first time duduk sebelah dia.Mungkin jugak kali terakhir kot sebab lepas ni….sob3..sedih plak.

Comelnya Dia???siapakah yang comel ni?Begini ceritanya. Tadi lepas balik MAIKS kami nampak seekor ibu kucing dengan anak anaknya. Betul betul depan cafe poket D. Warna kucing tu oren. anak dia ada warna oren dan ada warna putih.

Comelnya dia..saya sebenarnya sangat suka kucing. Saya dulu pernah ada kucing warna putih.Tapi dah mati.Saya kalau jumpa kucing mesti nak belai. So tadi saya,pali dan harith singgah kejap untuk main main dengan kucing tu. Masa tu Fauzi Abd Kadir dah sedia bersenda gurau dengan kucing tu.

Tapi pelik la. Kucing tu semua diam je. Tak bercakap pun. Eh silap..tak mengiyau pun. Senyap je. Ibu dia perhati je anak dia main main. Gemuk tul kucing tu. Ingatkan marah orang main main dengan anaknya. Tapi tak.Dia izinkan. tapi sayang tak sempat nak ambik gambar diorang (diorang??).

Saya rindu seekor kucing ni. Last sem saya selalu jumpa kucing tu kat tangga v5b ni. Kucing tu nampak macam lembu. warna putih pastu ada tompok tompok hitam. Kucing tu aktif,gemuk dan comel. Tapi tak brapa manja sangat.

macam ni la lebih kurang rupa kucing yg saya suka tu?ada sapa2 nampak dia kt mana?

saya suka kucing color ni

Sem ni saya dah tak jumpa dah kucing tu.Mana ntah dia pergi.Rindu dia..





Tiga Tuntutan Jelas Dalam Kempen 2 Jam Sehari

3 03 2010

Tempoh masa dua jam untuk mengulangkaji adalah rasional dan ia telahpun mengambil kira kesibukan kita sebagai seorang mahasiswa.Pelajar yang menolak dan menganggapnya berat bolehlah dianggap sebagai jarang study,study ala kadar ataupun study sekadar di saat saat akhir.

Dua jam adalah sasaran.Kita faham ramai yang sudah terbiasa study ‘seminit dua’.Namun kita perlulah berubah.Masa adalah perkara relatif.Sesuatu perkara terasa sangat lama kerana kita mungkin tidak menyukai perkara tersebut. Tetapi masa akan berlalu pantas sekali bila kita melakukan perkara yang kita suka.

Lihat Imam As-Syafie,beliau memperuntukkan 8 jam sehari  untuk menuntuk ilmu dan mengulangkaji pelajarannya.Beliau berpesan bahawa ilmu ini adalah satu proses pengulangan.Iaitu ilmu itu perlu dibaca berulang ulang dan berterusan supaya ia kekal dalam ingatan dan hati kita.

Bagaimana kita ingin maju dan cemerlang jika 2 jam saja sudah berat?Bagaimana kita nak tunjuk contoh terbaik kepada bukan Islam?Cuba lihat resmi orang cina.Lihat bagaimana minat mereka dalam membaca dan mengulangkaji.Bukankah sepatutnya perkara itu menjadi budaya umat Islam?Mengapa kini orang cina dan bangsa lain pula?

Bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya.Kerana umat Islam sudah jauh dari amalan membaca,maka kita lihat Islam kini mundur.Kita sudah lupa bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW adalah arahan supaya membaca. Tetapi perkara pokok inilah yang kita semua sukar untuk menghayatinya.

Marilah kita ubah diri kita sedikit demi sedikit.Dua jam itu adalah target.Persoalannya,sudahkah anda membaca/mengulagkaji hari ini?Jika anda istiqamah,maka insyaAllah anda berjaya.Tiga perkara murni yang ada dalam kempen ini ialah perintah membaca,perintah untuk menghargai masa dan perintah untuk beristiqamah.Ketiga tiga perkara ini adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama.

Harap saudara saudara memberi diri saudara peluang untuk menghayati maksud saya untuk kempen dua jam ini.





Tinjauan Pendapat

24 02 2010

Soalan ini ditujukan khasnya kepada mereka mereka yang merasakan diri mereka sangat sibuk dalam gerak kerja dakwah.