Selamat Hari Lahir Abdul Mu’min Azemi

9 08 2010

Selamat harijadi buat adik kesayangan saya, Abdul Mu’min. Genaplah usianya kini 21 tahun. Bertambahlah nampaknya seorang lagi pengundi yang layak untuk menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya tidak lama lagi..hehe..maaf agak berbaur politik.

Mu’min apa kabar?sehat?macam mana dengan sem baru di UTP?seronok?Mesti dah start meeting untuk ETP kan?Well buat pengetahuan semua,Mu’min ini kini sudahpun tahun 3 di UTP. Beliau ialah salah seorang penuntut di fakulti kejuruteraan kimia.Sama macam saya juga.Saya pun di fakulti yang sama juga. Cuma saya telahpun grad. yahu!!

Siapakah Mu’min ini?

Mu’min adalah ahli usrah saya waktu dia masuk UTP dulu. Waktu tu saya tahun 2. Saya berganding dengan senior iaitu Abang Syakir Zaini yang baru balik intern untuk  jadi fasilitator smartgroup Mu’min. Ahli ahli kami antaranya Syed Haq,Zulhilmi,Amin Jailani,Faisal dan lain lain.

Alhamdulillah berkat usrah tersebut,hubungan kami sangat rapat hinggalah kini.

Mu’min ini asal KL. Duduk di Taman Melewar. Maknya seorang pemimpin popular. Mu’min ada 10 orang adik beradik. 5 laki dan 5 perempuan.Ibunya sangat beruntung kerana dapat anak yang hafal Quran macam Mu’min.Pernah tak saudara pembaca berimamkan Mu’min di Masjid An-Nur? Bestkan dia baca ayat Al-Quran??

Saya tak ingat Mu’min sekolah mana dulu.Rasanya sekolah Maahad kat Kelantan kot. Yang saya tahu Mu’min ini pernah belajar di Afrika Selatan suatu ketika dahulu. Belajar kat pondok kot. tiba tiba teringat lagu Syakira waka waka eh eh plak…cause this is africa!

Apa lagi pasal Mu’min yang saya tahu ek?

Mu’min ni orangnya ceria. Dia sibuk dengan program program Islam. Kadang kadang sampai pening kepala lah. Selalu jugak dia luahkan kepenatannya dan keserabutannya pada saya. Yela saya ni kan rapat dengan dia.

Mu’min kalau kemana mana mesti suka pakai beg ataupun bawak file. Dia rapat dengan ustaz ustaz dekat masjid An-Nur.Dia selalu jadi imam di masjid.Bila Mu’min jadi imam,mesti dia baca ayat yang agak panjang. betul tak?

Mu’min ni bukan setakat hafal Quran jer. Dia bijak orangnya. Dia bagus hal hal komputer.Tang ni saya respek dia. Pastu Mu’min ni bagus hal hal management dan pengurusan organisasi. Mungkin sebab didikan RM kot dia jadi macam tu. Jadi buat adik adik di UTP,masuklah RM…dapat belajar banyak benda.

Saya pernah pergi rumah Mu’min suatu ketika dahulu.Masa tu saya datang dengan Hidhir,Ang,dan Nik Akmal. Kami tido rumah dia. Keesokan harinya kami mandi manda di Ulu Yam kot tak silap,dekat dengan Hulu Selangor?tahukan Hulu Selangor kat mana? Ala yang PKR tewas dengan BN dalam pilihanraya aritu. Dato Zaid kalah dengan Kamalanathan. Harap tau la..huhu

Sem depan Mu’min dah nak intern. Nak intern mana Mu’min? Internlah kat tempat yang best.Kat Paka ke..

Saya doakan agar adik saya ni berjaya dunia dan akhirat. Doakan abang ye Mu’min.Semoga kita dapat jumpa lagi diluar UTP. Ada masa dan ketika,jum lah jumpa jumpa kat KL ni. dekat je pun..

Ok, Happy Birthday again. See you.

Assalamualaikum..

Advertisements




Fadhli Bin Sayutti-updated

27 07 2010

Selamat harijadi Fadhli. Blog ikhlasdariku telah lama menunggu satu karya mengenai Fadhli Sayutti. Setahun yang lalu, saya tidak wish dia atas sebab sebab tertentu. InsyaAllah kali ini saya akan tulis sesuatu mengenai adik saya ni.

Fadhli Bin Sayutti,asal Kota Bharu Kelantan. Sekolah asal MRSM Jeli. Masuk ke UTP pada Jan2008. Fadhli bukanlah ahli smartgroup saya. Saya pula bukan faci MAS Jan08. Namun pada suatu hari, Allah gerakkan saya untuk menegur beliau di hadapan CIMB Bank UTP. Sejak itu kami kenal. Dan hanya baru baru ini saya dapat tahu yang Fadhli ini adalah anak bongsu.

Orangnya baik. Ceria dan mudah mesra. Nampak macam talkative dan menonjol. Mungkin itu first impression saya pada dia. Walaupun tak kenal mana,namun bila ada kesempatan dia pasti hantar mesej.
“Salam,abang zaman buatpe tu?Sehat?Saya sekarang ada atas bas. On the way nak balik Kelantan”. Mungkin begini bunyi mesejnya di waktu mula mula kenal dulu. Tapi itu dulu. Sekarang dah takda mesej begini masuk ke hp saya…

Fadhli sudah tidak lagi menghantar mesej,melainkan betul betul ada urusan. Jadi mesej nya sungguh mahal bagi saya. Sebab tu mesejnya yang setahun or even dua tahun lepas masih saya simpan dalam hp saya. tidak pernah saya padam. Ada ketikanya saya akan buka dan baca semula.Selalu saya baca.

Chemical Engineering. Tu program dia. Sama macam saya. Fadhli ni selalu puji “abang scorer,pandai”. Dia selalu kata saya ni pandai,score dan rajin. Impression begitu mungkin berlaku sebab dia pernah tengok saya study dekat masjid lama. Waktu tengah qiyyam. Dia dan bukhari lalu tepi saya yang sedang study.

Fadhli ini aktif dengan rakan masjid. Orangnya bijak. Tapi merendah diri. Dia puji orang bijak sedangkan dia juga bijak orangnya. Dia rajin ke masjid. Selalu Nampak dia dimasjid. Selalu sangat pakai baju melayu merah dan ketayap dia tu.

Saya pernah cadang dia tukar dari maxis ke university pack. Tapi dia tak nak. Sampai ke hari ni dia masih guna maxis. Jadi jelaslah bahawa Fadhli ni berpendirian tetap. Sama macam saudara Afiq Ahmad (kembar beliau) yang juga masih menggunakan maxis hingga kini. Salahke guna maxis?tak salah..Cuma mahal la kan bila mesej ke celcom. Budak UTP ramai guna celcom.

Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka menyampah. Jujurnya Kami tak mengenali antara satu sama lain dengan baik. Walaupun Nampak macam rapat,walaupun Nampak macam akrab namun selama ni fadhli tak Berjaya kenal saya dan saya pun tak Berjaya kenal dia dengan baik.

Banyak salah faham timbul bila tak kenal. Banyak makan hati. Banyak terasa hati. Hanya selepas dua tahun iaitu pada Jan2010 barulah fadhli rasa dia mengenali saya dengan baik. Itupun selepas bekerja sekali dalam ARP MAS Jan10.

Walhasil MAS Jan10 adalah waktu saya sudahpun ditahun akhir.Jadi terasa rugi ukhuwah selama bertahun tahun lamanya tidak membuahkan kemanisan. Tapi saya reda. Alhamdulillah tahun akhir saya manis. Persahabatan perlukan kebersamaan. Namun dalam ramai ramai sahabat di kampus, dengan fadhli lah kebersamaan yang paling kurang saya rasa.

Bila dah tak ada dikampus,saya rasa rindu dengan sahabat2 yang di kampus. Kadang kadang sampai terbawa ke dalam mimpi.Walaupun mimpi sekadar permainan tidur, namun sekurang kurangnya dapat juga menghiburkan hati saya bertemu dengan sahabat sahabat. Fadhli pun saya selalu jumpa dalam mimpi.

Pada 2008 Hidhir ada tunjuk video fadhli main boling. Ini video dua tahun lepas.Saya pun berfikir pada waktu itu bilalah fadhli nak main boling dengan saya pula. Bertahun tahun lamanya akhirnya sebulan yang lepas pada Jun 2010 maka baru dapat peluang main boling bersama,sekali dengan Hidhir dan Mizi.Itupun secara kebetulan. Sebab Fadhli singgah rumah kami di Taman Melati as tiket bas dia Kelantan jatuh pada esok hari.

Fadhli..sekarang semakin sibuk dengan agenda dakwah Rakan Masjid. Cita cita islamnya tinggi dan jelas. Sama macam roomatenya iaitu Zaiyinul. Saya rasa kalau kita ada 100 orang yang bersemangat macam dia di kampus, nescaya biah solehah akan cepat muncul di bumi UTP.

Selamat hari jadi fadhli. Maaf panjang pulak. Maybe emo sket. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku selama ini. Semoga anda menjadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah.Amin.Semoga berjumpa lagi. Uhibbukafillah.





Nik Afifi Bin Nik Abdul Rahim

26 07 2010

Cameron Highlands. Nik pakai baju putih

Selamat hari jadi Nik Afifi. Dah 23 dah umur anta. InsyaAllah tak lama lagi kerja dan lepas tu bolehlah bersiap siap untuk kawin. hehe.

Nampaknya tiga hari berturut turut ni (26,27 dan 28 July) adalah harijadi orang orang yang cukup dekat dengan saya.Siapa pula hari jadi pada esok hari?Sama sama kita nantikan.

Nik Afifi…Allah beri saya peluang kenal Nik Afifi ni melalui akademik. Saya mula kenal Nik Afifi waktu first year. Waktu tu semua orang ambik DE (Differential Equation).Dan pada waktu itu semua orang ambik TPW (Technical and Profesional Writing).

Dengan 2 subjek inilah menjadi sebab kami rapat. Saya ada bantu dia buat assignment DE dan juga TPW. Sejak itu kami selalu study sekali. Waktu tu saya dah duduk kat v5F manakala Nik dan ramai lagi dari batch July05 masih duduk di v1 dan v2.

Nik,saya dan kawan2 lain selalu bertandang ke v5F untuk belajar DE bersama sama. Alhamdulillah waktu tu saya diberi kefahaman sikit pasal DE. So bolehlah saya share dengan orang lain. Alhamdulillah kami semua score DE dan ukhuwah pun jadi rapat.

Kami pergi usrah RM sekali. Dan sejak itu alhamdulillah kami jadi sahabat yang baik sampai sekarang.

Nik ni sekarang menetap di Balok,Pahang. Ayah nya Nik Abdul Rahim bin Nik Yahya. Ayah dia Senior Manager di MTBE Malaysia Sdn Bhd, tempat saya intern tempoh hari.

Nik ni thiqah orangnya. Tak banyak cakap. Tapi tu depan public la kan..haha. Actually Nik ni ceria gila orangnya. suka bergurau dan menyakat orang. Dia suka main bola. dia memang update la pasal bola ni semua. Jersi ada. boot bola pun cukup.

Nik kalau kat kampus pakai kereta wira. Selalu datang masjid. Saya selalu jugak pergi masjid naik kereta dia. Saya berani cakap dia adalah antara sahabat yang  paling rapat dengan saya. Alhamdulillah sampai sekarang jadi lagi rapat. tak bosan. haha.

Sekarang Nik duduk kat pahang. Maybe kat umah sibuk applu kerja. Kitorang dah tak duduk sekali. Sebelum ni kami serumah dari first year lagi. banyak la kenangan. Ada masa baik. Pernah jugak gaduh. Merajuk kecik ati.Standard la kan..tapi sekarang semua baik belaka. Semua yang berlaku dimasa lepas adalah hiburan dan kenangan pada masa sekarang.

Selamat hari jadi Nik. Uhibbuka. Ukhwah Fillah.





Mohamad Fauzi Bin Abdul Kadir

26 07 2010

Saya mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Fauzi yang ke-20. Saya dimaklumkan oleh saudara Saufi siang tadi tentang perkara ini. saya berdoa semoga sdr Fauzi akan beroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Saya ingin bercerita serba sedikit tentang Fauzi.

Fauzi ini batch Jan08, sama seperti Faiz,Zaiyinul Ain dan lain lain. Saya mengenalinya agak lewat sedikit berbanding yang lain. Saya selalu nampak dia dimasjid. Pada masa yang sama, dia adalah ahli smart group sahabat saya, Budiman.

Beliau berasal dari Kajang.Saya pernah pergi rumah dia waktu hari raya yang lepas.Jurusan Kejuruteraan Awam di UTP dan roomate bernama Adib. Dulu roomatenya ialah Muiz Ismail.

Saya agak rapat pada awalnya dengan beliau. Tapi sejak dua menjak kebelakangan ini kami jarang berbual panjang. Tidak seperti dulu. Kami boleh kata selalu borak dan makan sekali di kafe.Saya minta maaf mungkin ini silap saya.

Fauzi ini merendah diri orangnya. Beliau selalu merasakan dirinya banyak dosa. Beliau selalu merasakan dirinya tidak baik. Bagi saya itu adalah sesuatu yang positif kerana tidak banyak orang yang sedar dan bercakap soal dosa dan kelemahan diri. jadi bagi saya, orang yang menjaga diri akan selalu merasa dirinya berdosa.

Fauzi ini bagus orangnya. Terbuka. Suka sharing dan berkongsi masalah. Dan lagi satu,Fauzi ni suka silat dan suka main bola.Yang tu saya tahu. Dan yang paling jelas ialah dia ada motor besar yang selalu meluncur ke Masjid Annur.

Saya doakan Tuhan akan memberi kebaikan buat dia. Saya minta maaf banyak banyak atas salah dan silap selama ini. Selamat hari jadi Fauzi!





Zulhilmi Mahari

18 07 2010

Salam.

Hai semua. Apa khabar? Pukul 11 tadi saya baru pulang dari mengajar tusyen. Terus saya belokkan kereta saya ke cybercafe Taman Melati. Sebab apa? Sebab hari ni kan hari jadi Zul.

Selamat hari jadi Zul buat kali ke-21. Selama ni memang susah nak ingat tarikh hari jadi Zul. Abang ingat bulan je tapi selalu terkantoi dekat tarikh. Tapi sejak dari bulan lepas, abang dah try untuk ingat tarikh lahir adik adik semua.

Buat pengetahuan semua, kali pertama saya mengenali Zulhilmi adalah pada tarikh 19 Julai 2007,betul betul 3 tahun yang lepas.Kami bertemu dalam smartgroup. First day jumpa terus kami (ahli smartgroup) wish dia hari jadi.

Kami jadi sahabat yang sangat rapat dalam usrah.Kami macam adik beradik. Ukhuwah memang terasa betul. Dialah sahabat july07 yang paling awal saya rapat.Masa tu dalam usrah dengan dia je saya rapat. Adik adik lain (Syed Haq,Amin,Mu’min,Faisal) saya masih tak rapat.

Zul ni asal Terengganu. Sekolah asal SBPI Batu Rakit. Junior dia yang paling famous kat UTP ialah Muiz bin Ismail (assume). Dia ada 3 orang adik beradik. Scholar mara dan sekarang duduk di v4.

Zul ni sejak dari fondation lagi dah nampak dah satu potensi pada dirinya. Dia suka bisnes. Macam macam bisnes dia pernah buat dan yang terlatest tak lain tak bukan Skor A.

Siapa pernah perhati Zul waktu dia bercakap?Bagi kawan kawan yang tak perasan,lain kali time bercakap dengan Zul cuba tengok cara dia bercakap. Rasa macam nak tergigit lidah oleh giginya..so nice.

Zul kata,dia kalau boleh nak berkahwin dengan wanita Jepun. Sebab apa?sebab wanita jepun nampak comel bila menangis. Tu yang pernah dia beritahu dia masa dia fondation dulu. Tapi tu dulu lah. Masa tu budak budak lagi. Sekarang dia dah besar panjang. Dah hebat.

Kenangan termanis dengan Zul semestinya masa MAP2007 di Pulau Tuba dulu. Saya lantik dia jadi committee AnE masa tu. Seronok rasanya event ni. Lagi seronok bila adik usrah ada sekali.

Saya mendoakan Zul ni akan dapat menempuh alam kampus yang masih berbaki 2 tahun. Walaupun bizi berniaga harap Zul jangan abaikan pelajaran. InsyaAllah persahabatan sampai bila bila.

Eh aritu ada pinjam baju melayu Zul dengan sampin kan? Minggu depan abang datang UTP abang bawak k.Zul selalu minta abang belanja KFC kan? nanti abang belanja kalau sempat.

k Zul. See u.





The 21 Year-Old-Syawatul Eqwan

2 06 2010

Titian Budi Rembau

Saya akan bertolak balik esok.Di rumah tiada internet connection.Jadi saya mengambil peluang ini untuk update blog sempena harijadi sahabat sahabat saya.

Syawal lahir 1 Jun 1989.Dia sama tua dengan adik kandung saya, Dorisman Bin Nasib.Justeru saya tak panggil dia sahabat.Syawal ini saya anggap macam adik saya sendiri.

Semalam saya ke Cameron Highlands.Jadi tak sempat nak update blog.Justeru saya ingin mengabadikan sambutan harijadinya dalam blog popular saya ini.huhu.

Syawal.Saya kenal Syawal ini disurau metana sekitar 3 tahun yang lepas.Saya memberi pengisian di surau tersebut tentang *Science In the Quran*.Itulah kali pertama saya kenal Syawal.

Lebih kenal bila Syawal ini menyertai Mission Awareness Program 2007 di Pulau Tuba.Saya waktu itu adalah Head Activity and Event.Tapi kami tak la rapat mana pada waktu tu.

Lepasan KISAS yang berasal dari Sungai Siput ini rapat dengan Hidhir jugak.Jadi secara tidak langsung semakin akrab dengan saya.Syawal ini unik sebab nama adik beradiknya adalah berasaskan nama bulan bulan Islam.

Saya setuju dengan pendapat bahawa saya paling rapat dengan batch July 2007.Ramai dari batch Syawal yang rapat dengan saya.Mereka menghormati saya sebagai senior.Bagi saya mereka adalah seperti adik sendiri.

Syawal, Syed Haq, Zulhilmi, Baem, Mukmin, Aizuddin, Din Paiman,Amin Jailani, Yazid, Izwan Hashim, Afiq Rosli, Umair,Syed Ahmad,Reda,Faizal,Faisal adalah antara mereka yang saya cukup rapat.

Syawal ini semakin lama di UTP,beliau semakin menjadi penting. Beliau kini adalah antara Hicom Rc.Adakah dia Presiden RC memandangkan Hamzah yang sudah berpraktikal?Saya pun kurang pasti. Nanti saya konfermkan.

Suka main bola.Rajin pergi ke masjid.Itulah sikapnya.Saya rasa seronok kenal dia.Dulu dia pemalu.Tak banyak cakap.Rendah diri.Tapi kini beliau sedikit demi sedikit mula berubah.Kini dia jauh lebih matang.Lebih tegas.Banyak bergurau dengan saya dan berani menyatakan pandangannya tanpa selindung.

Saya doakan supaya adik saya Syawal akan terus diberi kekuatan menempuh alam universiti yang seronok tapi mencabar ini.Bila umur semakin bertambah,Usia semakin pendek,amanah semakin banyak,dosa mungkin makin banyak.

Justeru marilah kita semua sama sama merenung akhirat kita supaya dunia ini tidak terus menghanyutkan hidup kita.Selamat hari jadi yang ke-21.Abang doakan semoga Syawal mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat.

Memandangkan abang dah tamat belajar,mungkin kita akan susah nak jumpa.Harap silaturahim tak putus.Keep in touch dan jaga diri baik baik.Selamat maju jaya!





Happy Too-Belated Besday Haniff Humam:Presiden MPP

2 06 2010

Inilah akibatnya jika harijadi seseorang jatuh di tengah tengah kesibukan ber-exam. Serba tak sempat dibuatnya.Figure yang saya perkatakan disini barangkali figure yang paling dikenali di UTP.Sebenarnya bukan apa.Bila saya menulis mengenai hari lahir seseorang,maka ia memberi satu peluang untuk saya menilai semula sejauh mana saya sudah mengenalinya.Pada masa yang sama,para pembaca juga bisa tahu tentang sahabat sahabat saya.

Haniff Humam. Itu namanya.Siapa yang tidak kenal Presiden MPP-UTP ini.Saya pasti semua orang familiar dengan wajahnya.Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir buatnya yang ke-22. Minta maaf anip,dah lewat sangat dah ni. Tapi sebab dah janji,saya akan tunaikan.

Haniff@Anip ini sahabat saya juga.Saya dah lama kenal dia.Tapi sejak beliau menjadi ahli politik ini,saya dah kurang masa bersama dia.Akhir akhir ni dia selalu ajak saya main badminton,tapi sayang tak satu pun permintaan dia tertunai.Jahat tak saya?Sedih juga sebab saya maybe dah tak lama di UTP.lagi pula selama saya kenal dengan dia,belum pernah sekalipun bertemu dia di gelanggang badminton meskipun sama sama minat badminton!

Saya kurang bahan untuk diperkatakan pasal anip ni.Setahu saya rumahnya di Sungai Buluh.Takpun Sungai Besi (tiba2 konfius).Sekolah asal beliau adalah SBPI. Tapi sekali lagi saya konfius antara SBPI Sabak Bernam ataupun SBPI Rawang. Tapi saya berat menyatakan Sabak Bernam sebab Anip satu sekolah dengan Pedot dan Pedot pula adalah senior kepada Adik saya, Zaiyinul Ain Zainal Rafit. So maybe Anip dari SBPI Sabak Bernam.SBPI Rawang adalah tempat Raihana dan Farashida,bukan Anip.Maaf kalau silap ye.

Tak banyak yang saya tahu pasal keluarga dan adik beradiknya.Saya pernah Tanya.Tapi itu beberapa tahun yang lepas dan kini saya dah lupa.Anip ni ambik civil engineering.Dia ada satu sem lagi kat UTP ni. Aritu beliau praktikal di Johor Darul UMNO..oppss..silap..Johor Darul Takzim.

Mula kenal Anip dengan rapat masa Convofair 2007 dulu. Saya jadi Treasurer 2 manakala beliau jadi Assistant Head Business Centre.Anip ni bagus orangnya.Dedikasi dan komitmennya diakui.Head Business Center waktu tu, Kak Jannah describe Anip as “Budak Baik”.Saya selalu gak turun gerai Department dia dulu jual “ais goreng”.

Dulu bila saya kecik ati dengan dia,die mesti pujuk dengan ajak main badminton.Tapi sayang dah bertahun tahun sampailah saya dah habis paper hari ni,tak jadi jadi jugak main badminton. Anip adalah orang first yang ajak dan ajar saya main bowling.Dulu saya tak minat bowling.Tapi lepas dia ajak main dulu dengan member member lain,terus jadi minat.

Cuma Anip ni selalu sangat cakap saya gemuk. Rekod kot.Orang paling banyak cakap saya gemuk.bajet dia kurus.Saya gemukke?Takkan kan?You see,pembaca saya pun kata saya kurus. Thanks sume…..

Anip selalu ajak saya turun main bola sepak.As usual saya akan menolak dengan alasan saya tak pandai. Lalu dia akan keluarkan satu ayat keramat “Turun main bola bukan sebab nak main bola sangat pun,tapi sebab nak jumpa sahabat sahabat”. Power tak ayat dia?memang superb.Tapi saya tak juga turun turun,melainkan beberapa kali.

Banyak jugak ek cerita Hanif Humam saya boleh karang.Bukan nak malukan dia.Tapi nilah ukhuwwah kami.Sekarang ni dapat jumpa dia di masjid dan di majlis majlis je.Dulu waktu sebelum kami Intern,masa dia duduk di V4,saya selalu ziarah dia kat bilik.Dia suka tidur lewat.Ada je komitmen dia. Perumpamaan kerap saya ke bilik dia dulu adalah seperti kerapnya saya ke bilik Syed Haq pada waktu kini.

Minta maaf banyak banyak sebab tak sempat sempat lagi turun main badminton.Maaf atas tulisan yang bersahaja ni.Beruntung ada kawan macam Anip.Tak rugi budak UTP undi Anip jadi Presiden MPP-UTP.Sekian terima kasih. Happy Birthday Haniff Humam.

Sedikit UPDATE: Dengan izin Allah, sehari selepas post ini disediakan,Hanif Humam telah mengajak main badminton sekali lagi. Alhamdulillah kali ini permintaannya tertunai. Kami main bersama sama Bakri,Numan,Acan,Izzu,Izwan. Best main.Menang banyak.