Harijadi ke-24 tahun.Mungkinkah yang Terakhir Buatku?

25 02 2011

Salam Sejahtera Semua.

 

Pada tanggal 24 Feb 2011 yang lepas maka genaplah sudah umur saya 24 tahun. Ini adalah tahun pertama saya di alam pekerjaan. Zaman persekolahan dan zaman universiti yang sangat best sudahpun berlalu. Kini terdampar di Kerteh Terengganu pula. haha. Apapun saya bersyukur Allah mempermudah perjalanan hidup sehingga ke tahap ini.

Terima kasih kepada yang mengucapkan Selamat Hari Lahir buat saya.Saya pun sebenarnya susah nak ingat harijadi orang. Sebab tulah harijadi saya pun ramai sahabat sahabat terdekat pun tak ingat. Tapi tak mengapalah. Tiada masalah.

Ajal,maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang Maha Esa. Kita sendiri tidak mengetahui bilakah saat itu akan menjelma.Kita hanya mampu merancang. Namun Tuhan juga yang menentukan.

Boleh jadi inilah tahun terakhir buatku hidup sendiri. Macam macam yang tergambar di fikiran mengenangkan fasa hidup yang bakal di tempuh. Fasa yang panjang. Fasa yang menjanjikan seribu satu macam cabaran dan dugaan. Moga Tuhan janjikan seribu satu kemanisan.Amin..

Merindui semua sahabat sahabat. Moga ukhwah tetap manis dan bertemu semula di Syurga Ilahi..ya Allah..perkenankanlah.





Bertemu Kembali!

14 02 2011

Salam to All,

Apa khabar semua?Apa khabar sahabat sahabat di kampus UTP dan di seluruh Malaysia?Saya doakan semuanya masih sehat dan segar bugar.Saya mohon maaf. Sungguh lama sekali blog ini dibiarkan tanpa post post terbaru. Dah 1/2 tahun lamanya.Sorry ea..For your information, Saya sekarang sudah bekerja.

Saya bekerja di PETRONAS CARIGALI KERTEH. Dah nak masuk 4 bulan saya kerja di sini. Saya menyepi seketika dari dunia blog dan muncul agresif di FACEBOOK. Terlalu banyak perkara yang saya tidak sempat untuk update di sini. Rugi sungguh.Harijadi kawan,isu isu dan konflik yang timbul sepanjang 6 bulan ni tidak dapat dinukilkan di sini.

Harap pembaca setia saya tidak merajuk.Saya berbangga dengan anda.Meskipun blog ini sudah 6 bulan tidak di beri input baru, namun masih ada juga pembaca pembaca setia yang buka blog ni. Tahniah.anda hebat.

Semoga bertemu ladi di post seterusnya~

 





Berita Terkini Saya

28 06 2010

Salam.

MAAF

Minta maaf kepada seluruh pembaca di atas kelewatan saya mengemaskini blog ini. Saya sudah 2 minggu di Kuala Lumpur. Saya menetap sementara di Putra Villa Condominium bersama sahabat sahabat yang lain dengan tujuan untuk mendapatkan kerja kerja sambilan di sini.

ARAH SELEPAS TINGGALKAN KAMPUS

Agak sibuk juga selepas meninggalkan kampus UTP. Rasa susah sikit sekarang ni sebab dah tak ada duit masuk. Petronas dah tak bagi duit makan. Pastu duduk KL pulak. Memang kesian la. Bukan saya jer, kawan kawan lain pun ramai yang macam tu. Nasib baik parents bagi duit untuk survive sementara dapat kerja tetap. Alhamdulillah.

Banyak travel time lepas keluar UTP ni. Pergi Kelantan,Pahang dan macam macam tempat lagi. Yang besnya sebab pergi dengan sahabat sahabat.But travel consumes a lot of money.

APA SAYA BUAT SEKARANG

Saya dan Budiman kini sedang bergiat cergas dalam bidang tusyen. Kami sebenarnya sejak dari UTP lagi dah start prepare untuk kerja home tusyen ni.Kami dah prepare poster dan risalah iklan even masa minggu exam lagi!! So kami memang semangat la dengan apa yang kami nak buat.

Apa yang kami buat ialah kami edar risalah tusyen di kawasan kawasan perumahan. Memandangkan private home tusyen ni satu perkhidmatan yang agak mahal, maka iklan kami lebih tertumpu di kawasan perumahan elit sekitar Kuala Lumpur. Kami juga letak iklan kami di kondominium tempat kami tinggal.

Alhamdulillah ramai parent yang call bertanyakan perkhidmatan kami. Tapi tak semua yang nak la. So far dalam ramai2 yang call, baru 3 parents yang confirm mengambil khidmat kami bekerja untuk mereka. Masih ada yang pending dan ramai juga yang tidak jadi. Mungkin kerana ia agak mahal. Biasala, home tusyen memang mahal.

Kami juga try pergi sekolah sekolah sekitar Gombak ni dengan niat untuk jadi cikgu ganti. Tapi so far semua sekolah penuh. Jadi kami teruskan misi dengan menghubungi pusat pusat tusyen untuk jadi guru tusyen sambilan.Kalau ada rezeki nanti pusat tusyen akan call kami la.

Saya dan Budi inyaAllah akan memperhebatkan kempen penyebaran risalah untuk cari dan capai lebih ramai pelanggan. So far saya hanya dapat  total  6 jam seminggu untuk home tusyen. Ini sebenarnya masih belum cukup. Bekerja 6 jam sahaja seminggu adalah tidak efektif. Justeru kami perlu lipat gandakan usaha. 6 jam bermaksud RM750. 12 jam pula bermakna RM 1500 dan 18 jam bermaksud RM 2250!!

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Saya call PETRONAS dua hari lepas dan dia kata saya recomended,meaning lulus interview.Tapi saya mesti bekerja sambilan dulu sebab panggilan PETRONAS tidak ada sapa yang tahu bila. Kadang kadang cepat dan kadang kadang lambat. Jadi malas nak fikir pasal tu dulu. Saya kene go on dengan tusyen saya dulu~

Minta pembaca dapat doakan kejayaan kami. Jumpa lagi di lain posting. By by.





Waktu Paling Manis

12 05 2010

Pejam celik pejam celik,dah 5 tahun saya di UTP.Kini saya sudah berada di penghujung sem yang ke-10.Cuba bayangkan berapa banyak subjek yang telah saya ambil.Cuba juga bayangkan berapa kali kuiz,test,projek,lab report,presentation dan final exam yang telah diduduki. masyaAllah.banyak tu.

Bersyukur sangat sebab Tuhan bagi saya kekuatan untuk melalui semua ni.Tapi bila dah berada di tahun akhir ni,terasa semua tu baruje berlaku.Semuanya terasa sangat pantas.Masih jelas terbayang Minggu Aluan Siswa,waktu fondation dan waktu waktu join event event MAP,TB,Convofair sewaktu ditahun 1 dan 2.Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dialami dalam masa 5 tahun ni.Memang wajarlah untuk kita semua bersyukur atas kekuatan yang Tuhan bagi ni.

Cuma disebalik rasa excited nak habis study ni,terselit rasa sedih dan pilu yang mendalam.Apa tidaknya.Waktu perpisahan akan tiba.Saya akan berjauhan dari sahabat sahabat karib saya.Di UTP kita dapat berjumpa selalu,makan bersama,bersukan bersama,dengar kuliah dimasjid bersama,study bersama,pergi ipoh bersama,tidur qiyam dimasjid bersama,serba serbi bersama.Selepas ni,kita akan berjauhan antara satu sama lain.

Saya pasti akan rindu semua saat saat ni.Ikutkan hati rasa ingin melihat mereka sentiasa dihadapan mata kita,tapi apa kan daya.Sudah suratannya begini.Hidup ini akan bertemu dan akan berpisah.Itulah sunnatullah. Apa yang selalu diharapkan ialah,pertemuan yang kekal abadi di negeri akhirat,InsyaAllah.Semoga Allah memberi saya kesabaran.Ya Allah,pujuklah hati ini untuk tidak bersedih.Hiburkanlah hati ini bila saya tidak lagi disamping mereka..amin

Bagi saya waktu waktu bersama sahabat ini manis manis belaka.Tapi bagi saya yang paling manis ialah bertemu dimasjid.Walaupun berjumpa tak lama,tapi pertemuan dimasjid ni bagi saya sangat bermakna la,especially masa baca mathurat dan lepas solat jemaah,especially solat subuh dan maghrib. Kalau solat subuh lepastu ada kuliah ustaz Dawi,manakala lepas magrib plak shbt shbt akan kumpul dulu kat luar,berbual bual,bersalam salam dan buat plan nak makan kat mana.Rasa gembira jumpa sahabat dan adik adik di masjid.

Kepada sahabat sahabatku sekalian,teruskan perjuangan anda semua disini.Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kalian semua.Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dunia dan akhirat.Semoga hubungan persaudaraan kita akan terus mekar dan mewangi.Maaf jika pernah melukakan hati anda semua.Terima kasih atas doa doa anda semua. Semoga Allah memandang semua ini dengan belas kasih sayangNya.

Manisnya ukhuwah.Terima Kasih Tuhan.





Kau Permataku-Untukmu Sahabat

9 05 2010

Sunyi…selubungi malam…
Mengusik minda yang terlontar jauh…
Masih hangat terasa …
Tangan yang membelai yang mengusik manja…
Daku damba kasihmu…
Biar jadi pedoman…
Buat penyuluh jalan kugapai impian…

C/O:
Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…

Izzat:
Hadirlah…kau dalam mimpiku…
Agar kau selalu…ada disisiku…
Rindu belaian kasihmu…Rindu senyumanmu…
Penawar lukaku…
Dengarkan laguku…hadiah untukmu…
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…

Along:
Dikaulah cahaya…
Bila malam menjelma…
Kasihmu membawa ke syurga…
Dan redha yang Esa…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…





Nyamannya Study di IRC-Jum ke IRC

5 05 2010

seronoknya dapat belajar.rugi tak bljar sungguh2

Sebelum saya menjejakkan kaki di UTP, salah seorang guru saya telah berpesan :

Kamarul,belajar sungguh sungguh. Jadikan perpustakaan bilik kamu yang kedua

Itulah pesanan Puan Norzila Ahmad pada saya. Dia guru bahasa melayu di SMK Dato Taha. Namun nasihatnya tidak lah 100%  saya tunaikan. Meskipun UTP memiliki perpustakaan terbaik di Malaysia,namun berapa cebis sangat student UTP yang mahu mengunjunginya. Bagi saya,perpustakaan kita teramat selesa.Sungguh nyaman dan sejuk berada didalamnya.Harumannya semerbak.

Namun ramai yang mengabaikannya. Ramai yang meniinggalkannya kosong.Kita lebih gemar belajar di bilik sendiri. Walaupun bilik kita tidaklah setanding dengan kecantikan dan keselesaan IRC.Namun IRC akan penuh sesak tidak lama lagi. Begitulah lumrahnya. Tiba saja study week,IRC akan lemas menampung lautan manusia.Sepanjang study week dan minggu minggu peperiksaan,student berpusu pusu ke sana.

study itu best. enjoy it

Couple couple ramai ke sana.Mereka boleh dilihat dimana mana sudut.

Saya datang ke IRC sekali sekala. Dua hari yg lepas saya ke sana bersama rumates,Zul. kami study Operation Management sama sama sebab test pada petangnya. Saya susah nak study kat bilik.Sebab bilik saya panas dan saya sering terganggu dengan internet dan panggilan dari katil.Sekali sekala ke IRC,rasa macam tenang sangat.Suasana nya cukup harmonis.Sejuk.Betul betul kena dengan minat saya.

Tapi ada orang tak tahan sejuk. Ada juga yang nak jaga mata.Sebab kat IRC banyak girls.Macam macam alasan yang kita dengar.

Apapun,saya akan lebih kerap ke IRC selepas ini. Sebab study di IRC lebih fokus,lebih tenang dan lebih efisien. Jika dibilik,study tak optimum.Study lima minit..then chatting 10 minit..baca 10 minit..then tengok movie sejam. Banyak sangat gangguannya. Sejam di IRC sama seperti 2 jam dibilik.Itulah nisbahnya.Lagipun,lepas ni mungkin saya akan rindukan saat saat study di IRC. inilah peluang terakhir untuk saya gunakan sebaiknya.

Jum sahabat sahabat kita ke IRC. Hargailah perpustakaan yang kita ada.Jum study dengan sahabat sahabat. Jika takut mata tak terjaga,study dalam discussion room. Datang dengan sahabat sahabat.Memang best.Bawakla air sebotol untuk minum. Air boleh hilangkan ngantuk.

zul

Pengalaman best study kat IRC ialah waktu study week 2 tahun lepas. Lepas study dengan sahabat2,bila dah dekat kul 12 malam,kami terus pergi minum di Mapley kat luar. itulah rutin kami setiap hari sepanjang study week. Memang menyeronokkan.

JUM IRC!!





Structured Interview with PETRONAS

4 05 2010

Ramai mintak saya share berkenaan Petronas Structured Interview. Alhamdulillah, saya telahpun selesai menjalani Interview dengan Petronas pada 25 hb April 2010 yang lepas. Saya adalah antara 40 orang student tahun akhir yang menjadi batch pertama untuk sesi Interview kali ini. InsyaAllah student lain jangan risau. Akan ada batch kedua pada bulan ini dan batch terakhir pada bulan Jun nanti.

Interview ini ada tiga fasa. Dua interviewer akan interview anda seorang. sebelum dipanggil masuk,anda akan diberi satu helai kertas yang mengandungi study case. Baca dan sediakan isi isi pentingnya. Hari tu saya dapat soalan berkenaan The Side Effect Of Science. Kita akan disajikan dengan satu situasi berkaitan sains dan kita diminta utk membincangkan seterusnya memberi buah fikir kita ke atas isu itu.

Sesi interview saya berjalan lancar. Alhamdulillah menyeronokkan. satu jam setengah terasa sangat sekejap. I enjoy the session very much. First dia akan tanya pasal diri kita. Everything pasal kita la. Dia akan minta kita share pasal kekuatan kita,hobi kita,environment kerja yang kita idamkan,kenapa ingin bekerja dengan Petronas,nak kerja mana,dll. Semua soalan standard. InsyaAllah semua orang boleh jawab.

Then akan masuk part case study. So keluarkanlah idea idea yang anda prepare tadi. Bagi sebanyak dan sematang mungkin. Mereka berdua akan mencatat segala point point anda.Just shoot idea anda dan yakinkan mereka. Satu perkara kena ingat,interview ni fully dalam english.So sharpen your english please~.

Part last sekali ialah Role Play. Kita akan diberi situasi dan diminta melakonkannya. Interviewer akan berlakon sama. Sebagai contoh,gas bocor di plant kita.ada orang jatuh pengsan. Anda sebagai Plant Manager diminta selesai kan isu tu. Interviewer akan berlakon sebagai pekerja yang sedang panik.

Dia memang berlakon sungguh! Siap dengan mimik muka lagi.Memang real. So kita kene layan la. Dia akan buat sampai kita tak tahu nak jawap apa. Memang time tu kena banyak idea rasional tapi spontan sebab dia buat macam real case. Tiba tiba gas leaking tu merebak ke kampung sebelah, so apa tindakan drastik kita? Ada plak pekerja yang nak balik selamatkan keluarga..Dan tiba tiba famili anda datang ke kilang sebab risaukan anda..dan dia pun turut hilang dalam kilang..memang kelam kabut la..

anda diminta jawap semua tu.Haha.memang nice. tapi tak payah risau kot. Relaks jer. InsyaAllah boleh.habis setiap scene lakonan tu dia akan tanya kita,kenapa kita buat keputusan sebegitu?Dia akan minta kita terangkan tindakan yang kita ambil masa dalam lakonan tu.

Tu jelah kot. Dah habes…

Actually result SI ni boleh tahu 2 minggu selepasnya. Kami semua aritu ditanya sama ada nak tahu result sebelum atau selepas exam.Saya minta sebelum exam. Ada juga yang minta selepas exam sebab takut nanti down kalau tak lulus. So sekarang ni saya tak pasti sama ada majoriti nak sebelum atau selepas exam.Bagi saya better before exam so that kita boleh prepare apa nak buat lepas habes exam nanti. Senanglah nak siap siapkan diri untuk memohon ke syarikat syarikat lain untuk bekerja.

Harap anda semua berjaya dalam SI nanti. Minta sahabat sahabat doakan saya ‘recomended’ untuk interview ni. Harap adalah rezeki saya bersama Petronas.

Kepada adik adik,jaga result baik baik. Ingat! tak semua orang dapat peluang interview ni. Jika pointer bawah 3.0 susah sket nak dapat. Event yang dapat interview pun tak semua akan dapat kerja.So please beware kepada semua pemegang scholar PETRONAS.Belajarlah bersungguh sungguh dan kekalkan result yang bagus.