Kegagalan Mengurus Konflik

18 03 2011

sekadar gambar hiasan

 

Salam Pembaca Blog Ikhlasdariku sekalian.

Seperti yang dijanjikan dalam FACEBOOK saya pagi tadi,saya tampil kali ini dengan tajuk MENGURUSKAN KONFLIK.Kita semua melihat konflik berlaku saban hari dalam kehidupan kita. Konflik menyebabkan negara berperang,ahli politik naik turun mahkamah,rumah tangga berantakan,keharmonian tempat kerja kucar kacir dan sesama sahabat tidak bertegur sapa.

Saya juga dilanda konflik. Konflik dalam diri memang sentiasa ada. Di tambah pula dengan konflik persahabatan dan konflik berkait pembelian aset.Pembaca mungkin sedar keadaan ini. Inilah antara konflik yang menggoncang kehamornian saya beberapa ketika sebelum ini. Kini semuanya semakin pulih.

Saya nak fokus pada KONFLIK BERSAHABAT. Saya sentiasa berhadapan dengan konflik ini. Kebanyakan konflik yang berlaku berjaya di atasi akhirnya. Namun ada juga beberapa konflik yang gagal dan berakhir dengan kerenggangan yang kekal. Memang sukar diterima awalnya. Tapi ini tidak lagi dapat dielakkan.Saya hilang beberapa sahabat dalam konflik yang berlaku.

Saya melihat KONFLIK berlaku dalam hampir setiap persahabatan saya. Saya tidak mahu ia berlaku. Tapi ia berlaku juga. Justru ia seolah menjadi satu Fasa wajib dalam persahabatan saya dengan manusia di sekeliling ini.Tapi 95% konflik yang berlaku,walaupun tidak menyenangkan namun berjaya selesai dan hubungan jadi lebih baik.

Saya serik untuk terheret ke kancah konflik lagi. Ia sangat menganggu hati nurani. Tapi ada baiknya ia berlaku. Kita lebih mengenali watak sahabat dan teman sekeliling dengan lebih baik. Ia menjadikan kita lebih sabar dalam menerima kelemahan dan kekurangan masing masing.

Komunikasi yang tidak betul menyebabkan hati dan perasaan terluka dalam konflik. Sikap ego dan tidak mahu berbincang menyebabkan fikiran sentiasa menduga-duga. Saya percaya Konflik tidak berjaya diurus kerana tidak ada komunikasi yang berkesan wujud.

MISCOMMUNICATION adalah punca konflik yang jelas.Kadang kala,orang lain gagal memahami maksud kita. Lain yang dikata,lain yang difahaminya. Lain yang kita cuba maksudkan,lain pula penerimaannya. Saya pun masih lemah dari segi ini. Tapi saya bertekad memelihara hubungan baik yang wujud dengan sahabat sahabat. Bagi yang telah pergi meninggalkan persahabatan..biarlah pergi. Kehidupan akan kuteruskan.

Sahabat,Teman,Kawan dan Kenalan Sekalian,

Maaf atas sebarang khilaf yang timbul. mari kita saling mengenal hati budi masing masing. Konflik akan timbul.Bersama kita selesaikan dengan BERKOMUNIKASI.

 

 

 





Gila Kereta

21 07 2010

Tajuk kali ini ialah Gila Kereta.

Tahap kegilaan saya dengan kereta sangat ketara ketika berpraktikal pada awal tahun 2009 dulu. Waktu itu saya berpraktikal di MTBE Malaysia Sdn Bhd Kuantan Pahang.

Apa tak gilanya, tengok staff PETRONAS dengan kereta yang bermacam jenis. Minat saya terhadap kereta memang menjadi jadi pada waktu tu. Selalu terbayang bayang dalam fikiran kereta idaman.

Saya mendapati kereta idaman saya pada waktu ialah kereta myvi SE warna putih. Saya ni kalau pembaca semua nak tahu, bila suka sesuatu perkara tu saya akan sentiasa bercakap pasal benda tu. Sahabat sahabat saya mesti faham dengan perangai saya ni.

idaman 1

Agak lama juga minat saya dengan kereta ini bertahan.Bertahun jugak.Saya selalu mengidamkan untuk memilikinya suatu hari nanti.Namun tidak lama kemudian, kesukaan saya telah bertambah pula. Kali ini kesukaan saya bertambah satu lagi iaitu Honda City Model baru yang bewarna biru.

idaman ke-2

Saya suka City dan pada masa yang sama minat saya pada myvi tidak  pula luput.Saya telah bercita cita bila saya dah kerja nanti saya akan beli kereta honda city ni.

Tak kira city atau myvi, saya telah tengok harga masing masing. myvi SE lebih kurang RM53000. Jika duit muka RM5000 maka bayaran ansuran RM560 selama 9 tahun.

Honda City pula beharga lebih kurang RM89000. Jika dibayar RM10 000 sebagai wang muka, maka bayaran ansuran ialah RM950 sebulan untuk tempoh 9 tahun. Namun jika tiada wang permulaan maka bayaran ansuran adalah RM1020 sebulan untuk 10 tahun.

Bila dah tamat belajar dan dah mula kerja sikit sikit di KL ni,maka terasa macam sulit pulak.Family pun nasihat. Larat ke nanti saya nak bayar.Saya pun berfikir.

Maka timbullah satu cadangan daripada kawan. Cadangan ini sebenarnya satu cadangan yang disukai oleh ayah saya. Ayah saya suka kereta ini.Kereta ini juga kereta import. Harga sekitar RM73000.

Kereta jenama Import ini dilihat sebagai alternatif kepada honda city yang saya suka.Kereta ini jika ada wang muka maka bayaran ansurannya akan menjadi sekitar RM700++. Namun jika tiada wang permulaan maka bayaran ansurannya ialah RM830 sebulan untuk tempoh 10 tahun.

Inilah keretanya…

alternatif

Jika inilah pilihan saya maka saya akan mengambil Vios 1.5J bewarna putih. Namun ini semua belum saya muktamadkan. masih banyak masa untuk merubah fikiran.

Jika saudara pembaca ada cadangan, bolehlah nyatakan di ruangan k0men.





Waktu Paling Manis

12 05 2010

Pejam celik pejam celik,dah 5 tahun saya di UTP.Kini saya sudah berada di penghujung sem yang ke-10.Cuba bayangkan berapa banyak subjek yang telah saya ambil.Cuba juga bayangkan berapa kali kuiz,test,projek,lab report,presentation dan final exam yang telah diduduki. masyaAllah.banyak tu.

Bersyukur sangat sebab Tuhan bagi saya kekuatan untuk melalui semua ni.Tapi bila dah berada di tahun akhir ni,terasa semua tu baruje berlaku.Semuanya terasa sangat pantas.Masih jelas terbayang Minggu Aluan Siswa,waktu fondation dan waktu waktu join event event MAP,TB,Convofair sewaktu ditahun 1 dan 2.Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dialami dalam masa 5 tahun ni.Memang wajarlah untuk kita semua bersyukur atas kekuatan yang Tuhan bagi ni.

Cuma disebalik rasa excited nak habis study ni,terselit rasa sedih dan pilu yang mendalam.Apa tidaknya.Waktu perpisahan akan tiba.Saya akan berjauhan dari sahabat sahabat karib saya.Di UTP kita dapat berjumpa selalu,makan bersama,bersukan bersama,dengar kuliah dimasjid bersama,study bersama,pergi ipoh bersama,tidur qiyam dimasjid bersama,serba serbi bersama.Selepas ni,kita akan berjauhan antara satu sama lain.

Saya pasti akan rindu semua saat saat ni.Ikutkan hati rasa ingin melihat mereka sentiasa dihadapan mata kita,tapi apa kan daya.Sudah suratannya begini.Hidup ini akan bertemu dan akan berpisah.Itulah sunnatullah. Apa yang selalu diharapkan ialah,pertemuan yang kekal abadi di negeri akhirat,InsyaAllah.Semoga Allah memberi saya kesabaran.Ya Allah,pujuklah hati ini untuk tidak bersedih.Hiburkanlah hati ini bila saya tidak lagi disamping mereka..amin

Bagi saya waktu waktu bersama sahabat ini manis manis belaka.Tapi bagi saya yang paling manis ialah bertemu dimasjid.Walaupun berjumpa tak lama,tapi pertemuan dimasjid ni bagi saya sangat bermakna la,especially masa baca mathurat dan lepas solat jemaah,especially solat subuh dan maghrib. Kalau solat subuh lepastu ada kuliah ustaz Dawi,manakala lepas magrib plak shbt shbt akan kumpul dulu kat luar,berbual bual,bersalam salam dan buat plan nak makan kat mana.Rasa gembira jumpa sahabat dan adik adik di masjid.

Kepada sahabat sahabatku sekalian,teruskan perjuangan anda semua disini.Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kalian semua.Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dunia dan akhirat.Semoga hubungan persaudaraan kita akan terus mekar dan mewangi.Maaf jika pernah melukakan hati anda semua.Terima kasih atas doa doa anda semua. Semoga Allah memandang semua ini dengan belas kasih sayangNya.

Manisnya ukhuwah.Terima Kasih Tuhan.





Nyamannya Study di IRC-Jum ke IRC

5 05 2010

seronoknya dapat belajar.rugi tak bljar sungguh2

Sebelum saya menjejakkan kaki di UTP, salah seorang guru saya telah berpesan :

Kamarul,belajar sungguh sungguh. Jadikan perpustakaan bilik kamu yang kedua

Itulah pesanan Puan Norzila Ahmad pada saya. Dia guru bahasa melayu di SMK Dato Taha. Namun nasihatnya tidak lah 100%  saya tunaikan. Meskipun UTP memiliki perpustakaan terbaik di Malaysia,namun berapa cebis sangat student UTP yang mahu mengunjunginya. Bagi saya,perpustakaan kita teramat selesa.Sungguh nyaman dan sejuk berada didalamnya.Harumannya semerbak.

Namun ramai yang mengabaikannya. Ramai yang meniinggalkannya kosong.Kita lebih gemar belajar di bilik sendiri. Walaupun bilik kita tidaklah setanding dengan kecantikan dan keselesaan IRC.Namun IRC akan penuh sesak tidak lama lagi. Begitulah lumrahnya. Tiba saja study week,IRC akan lemas menampung lautan manusia.Sepanjang study week dan minggu minggu peperiksaan,student berpusu pusu ke sana.

study itu best. enjoy it

Couple couple ramai ke sana.Mereka boleh dilihat dimana mana sudut.

Saya datang ke IRC sekali sekala. Dua hari yg lepas saya ke sana bersama rumates,Zul. kami study Operation Management sama sama sebab test pada petangnya. Saya susah nak study kat bilik.Sebab bilik saya panas dan saya sering terganggu dengan internet dan panggilan dari katil.Sekali sekala ke IRC,rasa macam tenang sangat.Suasana nya cukup harmonis.Sejuk.Betul betul kena dengan minat saya.

Tapi ada orang tak tahan sejuk. Ada juga yang nak jaga mata.Sebab kat IRC banyak girls.Macam macam alasan yang kita dengar.

Apapun,saya akan lebih kerap ke IRC selepas ini. Sebab study di IRC lebih fokus,lebih tenang dan lebih efisien. Jika dibilik,study tak optimum.Study lima minit..then chatting 10 minit..baca 10 minit..then tengok movie sejam. Banyak sangat gangguannya. Sejam di IRC sama seperti 2 jam dibilik.Itulah nisbahnya.Lagipun,lepas ni mungkin saya akan rindukan saat saat study di IRC. inilah peluang terakhir untuk saya gunakan sebaiknya.

Jum sahabat sahabat kita ke IRC. Hargailah perpustakaan yang kita ada.Jum study dengan sahabat sahabat. Jika takut mata tak terjaga,study dalam discussion room. Datang dengan sahabat sahabat.Memang best.Bawakla air sebotol untuk minum. Air boleh hilangkan ngantuk.

zul

Pengalaman best study kat IRC ialah waktu study week 2 tahun lepas. Lepas study dengan sahabat2,bila dah dekat kul 12 malam,kami terus pergi minum di Mapley kat luar. itulah rutin kami setiap hari sepanjang study week. Memang menyeronokkan.

JUM IRC!!





Kematian Yang Pasti

1 05 2010

Allah kata, setiap yang bernyawa PASTI mati.

Saya pun akan mati. Anda pun akan mati. Setiap pembaca blog saya pun akan mati. Kalau kita tinjau setiap hari ada saja yang mati. Michael Jackson dah mati. Acik Spin pun baru mati.

bersediakah utk melalui saat ini?

Kalau sudah namanya mahkluk, sudah konferm alias pasti akan mati semuanya. Tak kiralah siapapun dia..terkenalke ,jahatke ,alimke, penyanyike, pelacurke, bayike, orang Islamke, bukan Islamke, yahudike, majusike, ahli politikke, muftike, orang PASke, orang UMNOke, orang PKRke ,orang DAPke..semuanya akan kembali menemui Allah S.W.T.

Kenapa kita perlu hidup dan seterusnya mati?Saudara pembaca,Allah telah beritahu hakikat ini dalam Al-Quran. Sebenarnya Allah lah yang menciptakan hidup dan menciptakan kematian. Tujuannya apa? Dalam surah Al-Mulk ayat 2  Allah cakap :

‘Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun’.

Inilah sebabnya kita mati dan kita hidup. Allah nak nilai amal amal kita semasa hidup.Jadi nak tak nak,kita semua kena terima bahawa akan sampai saatnya kitapun akan dipanggil oleh Allah.Bila?saya pun tak pasti. Mungkin sebentar lagi,mungkin esok,mungkin 2 hari sebelum exam,mungkin juga masa cuti sem ni,mungkin juga tahun 2012 or maybe 30 tahun akan datang?.

Hakikatnya,Allah telah menyembunyikan tarikh kematian kita.Saya pernah baca majalah.Artikel dalam majalah tu kata,kematian ini datangnya mengejut. Maksudnya ia datang  secara tiba tiba.Tanpa kita sangka sangka. Tak kiralah sama ada kita sedang solat ke,tengok tv ke,sambil memandu ke,sambil buat maksiat ke. Totally saat yang kita tak sangka.

Dalam keadaan apa nyawa kita diambil?macam macam cara boleh berlaku.Ada orang mati tua,ada yang kena serangan jantung,ada yang accident,ada yang kena baham harimau,ada yang mati kena bunuh,ada yang mati dibaham jerung,ada yang mati terbakar,ada yang mati digilis kereta api,ada yang mati terjatuh bangunan,ada yang mati lemas dan macam macam lagi. Tidak siapa pasti dimana dan bagaimana dia akan mati.

Nabi kata,secerdik cerdik manusia ialah yang paling banyak ingat pada kematian.Sebabnya bila kita ingat mati,kita akan insaf dan ingat Allah.Kita akan rasa hidup ini cuma sementara.So perlu banyakkan amal kebaikan dan elakkan diri dari melakukan keburukan. Dengan ingat mati,kita jadi takut nak tinggal solat,takut nak dedahkan aurat,takut nak mengumpat orang,takut nak menipu,takut nak buat maksiat dan sebagainya. Mengingati mati menjadikan kita manusia yang sentiasa melakukan yg terbaik dalam hidup kerana kita yakin,setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan  oleh Allah.

Saya rasa paling insaf bila pergi majlis pengebumian orang.Rasa macam insaf sangat sangat. Rasa macam tak sentiasa melakukan ibadah. Tapi dunia ini kuat tarikannya. Tidak lama lepas tu,kita akan lupa dan lalai kembali dengan dunia. Tu sebab kita kena selalu ziarah orang sakit dan orang mati. Supaya keinsafan itu sentiasa meresap ke hati.

siapakah yang sudi menemani kita kelak didalam kubur?dimana org yg kita syg saat ini..

Kesimpulannya,jum kita ambil sedikit masa untuk merenung kembali hakikat kehidupan ni.Fikirkan amal amal kita.Fikirkan dosa dosa kita.Jum kita taubat banyak banyak. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita dan menerima taubat kita semua.Amin.





Comelnya Dia

28 04 2010

Damn..!

rasa macam nak cakap ‘damn’ je harini. Sebab apa?sebab saya takleh jawab test tadi. Rasa down sangat jawab test facilities tadi.Bukan tak prepare,tapi soklan susah nak tafsir. Tapi takpelah dapat jawap sket pun jadilah. Nasib baik test test lain dapat jawap dengan elok.

Tadi lepas test terus pegi MAIKS. duduk sekali ngan Pali. rasanya selama MAIKS diadakan,tula first time duduk sebelah dia.Mungkin jugak kali terakhir kot sebab lepas ni….sob3..sedih plak.

Comelnya Dia???siapakah yang comel ni?Begini ceritanya. Tadi lepas balik MAIKS kami nampak seekor ibu kucing dengan anak anaknya. Betul betul depan cafe poket D. Warna kucing tu oren. anak dia ada warna oren dan ada warna putih.

Comelnya dia..saya sebenarnya sangat suka kucing. Saya dulu pernah ada kucing warna putih.Tapi dah mati.Saya kalau jumpa kucing mesti nak belai. So tadi saya,pali dan harith singgah kejap untuk main main dengan kucing tu. Masa tu Fauzi Abd Kadir dah sedia bersenda gurau dengan kucing tu.

Tapi pelik la. Kucing tu semua diam je. Tak bercakap pun. Eh silap..tak mengiyau pun. Senyap je. Ibu dia perhati je anak dia main main. Gemuk tul kucing tu. Ingatkan marah orang main main dengan anaknya. Tapi tak.Dia izinkan. tapi sayang tak sempat nak ambik gambar diorang (diorang??).

Saya rindu seekor kucing ni. Last sem saya selalu jumpa kucing tu kat tangga v5b ni. Kucing tu nampak macam lembu. warna putih pastu ada tompok tompok hitam. Kucing tu aktif,gemuk dan comel. Tapi tak brapa manja sangat.

macam ni la lebih kurang rupa kucing yg saya suka tu?ada sapa2 nampak dia kt mana?

saya suka kucing color ni

Sem ni saya dah tak jumpa dah kucing tu.Mana ntah dia pergi.Rindu dia..





Benda Kecik Je Pun~

21 04 2010

cantiknya tempat ni. kan seronok berehlah ke sini dengan sahabat sahabat

Tak tau kenapa. Ada orang takut sangat jika diheret masuk dalam blog ni.Haha.Mungkin diorang tak nak jadi bahan kot.Sebab blog ni sentiasa diikuti oleh pembaca saya yang setia.Kalau setakat 120 pembaca untuk satu post tu kira normal la. Tapi tak leh challenge blog isu semasa. Memang ramai.Sebab pembaca saya sebenarnya suka baca isu dan konflik.

Saya dah tiga hari bergelumang dengan Equipment Design FYDP ni. Tertekan giler la.Benci pun ada.Sesak nafas rasanya buat benda tu.Akhirnya dapat jugak siapkan report, walaupun tak se-genuine mana.Thanks sangat dekat kawan kawan yang membantu. Thanks mawi,mizah,muneer.

Hari ni relaks sket. Dapat pegi masjid dengan tenang. Dapat pegi MAIKS dengan tenang. Dan dapat jumpa sahabat sahabat,adik adik dengan tenang.Lama tak jumpa dan bercakap dengan syawal dan Izwan. Jarang jumpa dan bercakap sejak dua menjak ni (ehemm).

Tapi tadi dah jumpa dan pergi liqa Al-Mulk lagi ke v6. Syawal adalah cerita beberapa perkara masa atas motor. Well.Tak perlulah saya bongkar kat sini.Saya dah jelaskan kat dia. Harap dia faham.Lagipun kenal saya dah 2 tahun lebih. So memang nak kene siku la kalau tak kenal lagi saya macam mana orangnya. (gurau je,tak sampai ati nak siku~)

Satu perkara yang anda semua perlu tahu ialah saya ni jenis yang particular dalam persahabatan. Setiap perkara yang sahabat cakap,janji or buat insyaAllah saya akan ingat. Sebab setiap perkara tu saya anggap penting. Jadi saya memang mudah recall.

Mungkin sahabat saya bukan jenis macam tu.Tapi saya jenis akan ingat satu persatu,especially perkara yang bermakna pada pandangan saya.

Lagi satu, kalau namanya sahabat,benda kecik pun saya ambik kira. Maksudnya mungkin sesetengah kita ambil mudah. Ala..benda kecik je pun~. Mungkin ada diantara kita yang berfikiran macam tu. Tapi saya ni kadang kadang (bukan kadang kadang,selalu kot) akan ambil kira benda benda yang orang lain anggap kecik ni.

Sebab sahabat ni penting bagi saya.Setiap apa yang dia cakap dan dia buat saya take into consideration. That’s why sometimes ada yang tak puas hati bila saya rasa kecik ati dengan certain perkara yang mereka buat. Kalau kawan yang biasa buat,mungkin saya tak kisah sangat. Tapi kalau sahabat yang akrab dan karib ni cakap or buat,saya memang mudah ambil hati.

Tapi jangan lepas ni takut pulak nak bercakap2. Kononnya nak elak saya kecik hati. bukan macam tu konsepnya. Konsep yang betul ialah ikhlaslah dalam bercakap dengan saya. Saya pun bukan selalu sangat ambil ambil hati ni. Jarang jarang je pun. If saya kecik ati,awak semua akan tahu. Sebab saya tak pernah menyembunyikan perasaan saya pada anda semua.Kecik ati ni tanda saya sayang sahabat =)

Sekian.