FYP 2 & FYDP 2 Yang Horor

7 04 2010

Minggu ni adalah minggu yang tension bagi mahasiswa tahun akhir jurusan kejuruteraan kimia seperti saya.Ketensionan ini berpunca daripada FYP dan FYDP.Mana tidaknya report FYDP kena submit hari ni.Manakala Progress Report 2 FYP pula mesti dihantar jumaat ini.

Bagi saya,saya mungkin tidak tertekan sangat. Tapi kawan kawan lain saya dapat rasakan tekanan mereka,lebih lebih lagi yang projek mereka adalah makmal-based.

Sekarang mereka tengah struggle gila gila sebab nak dapatkan data data dari eksperimen yang mereka jalankan.Seorang kawan saya (muslimat) yang dikenali ramai,sampai hari ni tak dapat data lagi.

Bukan sebab beliau malas,tapi kerana masalah equipment yang asyik leaking je.Usaha beliau sangatlah marvellous.Design valve sendiri guna autocad,hantar ke kedai logam sendiri,cari bahan sampai ke Pulau Pinang,set up sendiri apparatus di lab.

Namun kesian sangat kat dia,equipment saudari ni masih leaking.Kesannya pressure yang diingini tidak dapat dicapai. Dah lebih sepuluh kali dah usaha ketuk ketuk dan usaha repair repair dibuat, but still sampai ke waktu ini data data masih tidak diperoleh.

Sampai tercetus dihati beliau untuk tidur di makmal kimia. Kesian kan?Tapi semangat dia sangatlah kental.Walaupun jumaat ni Progress Report yang perlu ada data perlu dihantar,namun beliau kekal kuat dan gagah untuk meneruskan misi mendapatkan data.

Dialah Saudari Istiazah Bt Abdul Aziz.

Saya bersyukur dapat projek yang boleh buat kat bilik.Tak la senang sangat tapi ok lah berbanding orang lain.

Nasihat saya,janganlah ambik projek berunsur makmal.Nak request bahan bahan pun berbulan bulan,belum nak design kaedah eksperimen lagi. Memang mencabar. Tapi jangan ingat simulation tak mencabar. Lagi lagi kalau kena guna software yang pelik pelik.Memang horor la FYP ni. First time dapat tajuk,saya langsung tak faham maksudnya.

Bersiap sedialah wahai budak Chemi Junior.Giliran anda tidak lama lagi.

p/s :

Tajuk FYP saya ialah Kinetic Analysis of Methanol Steam Reforming for the Hydrogen Production-simulation based

Tajuk FYP istiazah pula ialah CO2 Solubility Study in Ionic Liquid-lab based

Tajuk FYP anda? Nantikan..





Jika Sayang Katakan Sayang

31 03 2010

Semalam saya tido dibilik Syed Haq di v4.Pukul 2 baru tido.Ramai gak waktu tu, ada Yazid,Zul,Ilham,Pok Cek,Saya dan Syed sendiri.Ada yang tido atas katil, ada yang tido bergelimpang atas lantai.Kalau nak ikutkan selesa,semestinya tido dibilik sendiri lebih selesa.Walaupun tido atas lantai dan rasa sempit,Tapi ukhuwwah terasa cukup manis.

Alhamdulillah,tido ramai ramai,senang nak bangun subuh.Kami menunaikan subuh di Masjid.Pagi tadi ustaz Dawi telah memberi kuliah hadis berkenaan dengan kasih sayang,keimanan dan keharusan mengucapkan sayang kepada saudara kita. Beliau telah membacakan tiga ke empat hadis Rasulullah berkenaan hal itu. Di sini saya kongsikan hadis hadis berikut.

HADIS 1

Dari Abu Karimah Al Miqdad bin Ma’dikariba dari Nabi SAW,beliau bersabda : Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizzi)

HADIS 2

Dari Mu’adz ra. bahwasanya Rasulullah SAW memegang tangannya sambil bersabda : Wahai Mu’adz, demi Allah aku mencintaimu.Kemudian aku berpesan kepadamu wahai Mu’adz yaitu jangan sekali kali kamu lupakan setiap selesai solat untuk membaca : Allahumma a’innii a’laa dzikrika wasyukrika wa husni ‘ibadatik (Wahai Allah,berilah saya pertolongan untuk selalu ingat kepadaMu,bersyukur kepadaMu dan menyempurnakan ibadah kepadaMu).Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasai

HADIS 3

Dari Anas ra. bahawasanya ada seorang yang duduk di hadapan Nabi SAW. Kemudian ada seorang lelaki yang lewat di situ,lantas orang yang duduk di hadapan Nabi berkata : Wahai Rasulullah,sungguh saya mencintai orang itu. Nabi SAW bertanya kepadanya : Apakah kamu sudah memberitahukan kepadanya?. Ia menjawap Belum. Rasulullah terus bersabda : Beritahukanlah kepadanya..Kemudian lelaki itu menemui orang tersebut dan berkata : Sesungguhnya saya mencintai kamu kerana Allah. Orang itu menjawap : Semoga kamu dicintai oleh Dzat yang menjadikan kamu cinta kepadaku keranaNya.

——————————————————————-

Alhamdulillah,hadis hadis ini begitu menyentuh perasaan saya. Kerana selama ini,inilah yang telah lakukan kepada sahabat sahabat saya.Namun saya sedar,kita perlu mengikhlaskan diri untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sayang itu perlu diucapkan.Mungkin kita semua tidak biasa kerana budaya setempat tidak begitu.Namun budaya yang baik sepatutnya dihayati oleh kita semua.

Saya yakin sahabat sahabat lebih memahami tentang hadis ini.Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang berpendapat sayang tidak perlu diucapkan tetapi cukup sekadar ditonjolkan pada perbuatan kita.Adakah itu tepat?

Kesimpulannya,menyayangi sahabat bukan sekadar sebutan dibibir,tapi ia perlu diterjemahkan dengan perbuatan.Saya mengakui diri ini masih lemah dalam menghayati erti kasih sayang itu sendiri.Kadang kadang kita sayang,kita dapat tunjukkan dengan tindakan,namun bila ada masalah,kita susah berlapang dada,sukar nak berusnuzan dan jauh sekali nak berkorban rasa.

Ternyata masih banyak kelemahan saya sendiri dalam perkara ini. Kerana jika kita kata kita sayang,sejauh mana kita mampu berusnuzan dengan sahabat kita?Sejauh mana pengorbanan kita untuk mereka?Sejauh mana pula kita mampu berlapang dada dengan sikap sikap sahabat kita?

Sama samalah kita memperbaiki diri. Bila kita mengasihi,kita akan dikasihi.Jika sayang,katakanlah sayang.





Saya Telah Bermula Semalam.Anda Bagaimana?

24 02 2010

gambar 1:jum kita rajinkan diri
Buat pengetahuan saudara pembaca,saya telahpun memulakan kempen ‘Hanya 2 jam sehari’ semalam. Memandangkan saya adalah orang yang awal mencadangkannya,maka sudah sepatutnya saya yang paling awal mengaplikasikannya.Betul tak?
gambar 2:fokus betul betul bila membaca
Semester ini saya ada 4 subjek exam dan 2 subjek research. total semua sekali ada 18 kredit hour.Jika dibandingkan dengan adik adik dibawah sana,saya mungkin lebih banyak masa free,sebab FYP2 dan FYDP2 tak ada kelas.
gambar 3:orang yang rajin baca/rajin fikir takkan nyanyuk
Semalam saya ulangkaji subjek Facilities dari 10pm-11pm.Ini diteruskan lagi dengan Engineering in Societies pada 1am-2am.Alahmdulillah,bila tulis dekat status,rasa semangat nak laksanakan benda tu.
gambar 4: ulangkaji ni perkara yang seronok.motivasikan diri anda
Saya rasa bagi mereka yang sibuk,boleh try cara macam ni.Biar belajar sedikit setiap hari,tapi konsisten hingga ke akhir sem.Hari ini plak saya akan ulangkaji 2 lagi matapelajaran iaitu Operation Management dan Cultural Antropology.Masa akan saya decide kemudian. Yang penting sejam untuk setiap subjek.
gambar 5: jangan tension. buat satu satu.cuba fahami
Ini bermaksud, setiap dua hari saya akan cover 4 subjek.Jadi saya akan teruskan cycle of revision ni dihari yang ke-3 dan seterusnya.Maka takdelah subjek yang kita abaikan.Cara study macam ni dilihat mampu memberi keadilan sama rata ke semua subjek kita.
gambar 5: jangan sesekali tipu diri sendiri~
Untuk projek FYP dan FYDP dan projek projek lain,saya akan buat diwaktu lain dalam jadual saya.Kan kita ada 24 jam.So rasanya takde masalah kot nak bahagi masa. Keyword nya ialah kita mesti pandai mengurus masa.
ok selamat mencuba.jika ada feedback atau kaedah study lain or mungkin ada masalah,boleh share kat ruangan komen ea.





Kempen Hanya 2 Jam Sehari!

23 02 2010

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian.

gambar 1:projek 2 jam sehari bermula

Minggu ini adalah minggu yang ke-5 bagi kalendar akademik kita.Kuliah,lab,tutorial sedang rancak berjalan.Kita pergi kuliah,balik kuliah,pergi lab dan balik lab,pegi tutor dan balik tutor.Cuba tanya diri,rasa rasa kita catch-up tak dengan apa yang kita dah buat untuk 5 minggu ni?

Saya melihat ramai lagi dikalangan sahabat sahabat,adik adik termasuk diri saya sendiri masih belum mendapat ‘DRIVING FORCE‘ yang kuat untuk study.Bagi yang sibuk,mereka rasa macam tak tau bila nak mulakan study or study group yang dirancang.Manakala bagi yang agak free,mereka tak tau apa nak buat,confuse keje apa yang patut kena buat dulu.

gambar 2 : cantikkan. awak memang power!

Last last,kita semua buang masa.Yang sibuk tak dapat study,yang free pun masa terbuang.Inilah dia dilema yang biasa kita alami.Masa tidak terurus dengan baik.Tapi jangan risau sahabat sahabat,jangan bimbang adik adik.

Kata orang putih ‘let bygone be bygone’. Yang lepas lepas tu biarlah,usahlah kita kenang kenang lagi.Masih belum terlambat. Ayuh kita mulakan lembaran baru hari ini.Jadi hari ini,saya dengan sukacitanya merasmikan kempen “HANYA 2 JAM SEHARI

gambar 3 : takkan 2 jam pun dah terkejut beruk??

LAMANYA 2 JAM!

Eh,berat sangat ke 2 jam ni sahabat sahabat?Ish jangan cakap berat.Setiap orang dikurniakan 24 jam sehari.Takkanlah takleh spend 2 jam sehari untuk ulangkaji?Kata kita ni student.Jadi sepatutnya tak jadi masalah untuk buat kempen simple ni.

CARA BERMULA

1. Cari slot yang kita konferm free dalam hari tersebut.Sebagai contoh hari ini saya akan free kan diri saya pada pukul 9pm-11pm.Jika tidak mampu buat direct,boleh pilih slot berasingan. Contoh 8am-9am dan juga 9pm-10pm.

2. Untuk lebih efektif semasa study,offline gtalk dan off kan hp.Jika tidak mampu,put on bizi mode dan tulis status ‘saya tengan study,sila jangan kacau’.

3. Jika mampu elakkan study depan komputer kerana ia boleh melekakan kita seperti tiba tiba nak tengok movie,nak maen PES kejap,nak chatting kejap,nak update blog,nak reply email dalam gg. so masa kita akan banyak habis kat situ.

4. Study 2 subjek sehari.Macam saya, sejam pertama saya study Operation Management. Untuk sejam yang lain saya akan study Facilities.Keesokan harinya,study pula 2 subjek lain. Jadi dalam seminggu, kita akan dapat berlaku adil dengan study semua subjek.

5. Jika takut tertido,terlentok,terlena maka disarankan letak sebotol air kat sebelah.minum cukup air.Ambil wuduk dulu.Jika takut trtido juga,study sama sama dengan kawan kawan.Kalau saya punya cara nak elak ngantuk,saya akan pakai headphone dan pasang lagu kuat2.Memang terjaga.

6. baca dengan teliti.buat nota siket siket.tandakan part yang tak faham dan diskus kemudian dengan kawan or lecturer.

gambar 4 : jangan sampai air liur basi meleleh macam ni plak

POINT PENTING ADALAH…

1. Study 2 subjek sehari.Kalau ada 6 subjek,dalam masa 3 hari dah habis satu cycle dah.Then kita boleh mula balik cycle selanjutnya.

2.Kita mestilah try untuk konsisten.Paksa diri untuk study.Motivasikan diri bahawa study ini sangat seronok,membaca itu satu anugerah,berfikir itu adalah satu nikmat.

gambar 5: jum buktikan kita boleh. Yakin Berjaya!

MARI JAYAKAN KEMPEN MUDAH INI

Ini adalah cadangan saya saja.Ini semua betul betul terpulang pada anda.Jika anda ada cara yg lebih baik,amalkanlah cara tu.Biar kita belajar sedikit sedikit,tapi konsisten.

Jangan tunggu saat akhir baru nak start.Jangan drag segala benda yang tak faham ke waktu study week.Bahaya.Nanti tension.

SEMOGA BERJAYA

pesanan lecturer saya “Read Before and After Lecture

Selamat Mencuba~.





TEKNIK MEMBACA BERKESAN 1

10 02 2010

Teknik Membaca PQRST

sumber : http://www.ugmc.bizland.com/

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class“.

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)

MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

selamat beramal semua!