Bola Sepak:Satu Pandang Sisi

17 04 2010

Sejak akhir akhir ini,aku menjadi sangat rajin mengemaskini blog. Kedua dua blog yang aku ada,iaitu blog Isu Semasa dan juga blog Ikhlasdariku ini sentiasa menerima input input baru dari kotak pemikiran aku yang sedang banyak idea pada waktu ini.

kusyuk menonton bola

Jum cerita bab bola. Ramai yang akan pertikai autoriti aku untuk bercakap pasal Bola.Sebab umum mengetahui aku ni tidak gemar langsung bola sepak.Simply not my taste.Namun,game ini kesukaan hampir semua sahabat sahabat aku.So respect la sket.Dalam rumah aku ni,70% adalah peminat tegar bola sepak. OK  fine,jum direct to the point. aku ada cerita nak share dengan korang semua ni..

amat kusyuk

Tadi lepas maghrib aku,nik,babel,daus ,zul dan Tirmizi pergi makan malam di Taman Maju.On the way mereka ada sebut sebut pasal bola.aku pun tak kisahla kan,sebab match bola biasanya pukul 2 pagi.So of course aku takkan melibatkan diri.

boleh tahan kusyuknya

Tak semena mena,rupanya game bola betul betul sedang ditayang di kedai makan. Manchester United lawan Manchester City ketika itu.aku pun cakap dalam hati “o damn,abislah aku.budak budak ni mesti nak tengok sampai habis ni.bosan la gini”.Budak budak ni bukan main seronok lagi.ish ish.

tok lebai pun suka bola.jgn main main

Well,memang betul. Tepat sekali jangkaan aku. Budak budak ni balun tengok sampai habis.Kughang asam tul.Terpaksalah tempah fries bermangkuk mangkuk untuk dimamah waktu tengok bola tu. Tapi aku senyap je la sbb nak jaga hati diorang.So aku pun layan la bola tu walaupun aku ni takde nafsu langsung nak tengok.Aku cuba hayati betul betul dengan segenap jiwa dan raga aku ni.

Akupun terus cuba menghayati perlawanan yang sedang berlangsung.Memang game tu suspens habis la.Peluang untuk gol selalu di sia siakan pemain.Best jugak sekali sekala tengok match bola.Di kalangan kami semua malam tu ada beberapa golongan yang wujud. Pertama penyokong Manchester United (Daus,babel,zul,mizi) manakal nik adalah penyokong tunggal Manchester City.Aku atas pagar cukup la.

Semua pemain walaupun nampak hebat hebat belaka namun sekor pun tak jaringkan gol sehingga la masa game tamat. Nasib baik pengadil tambah 3 minit lagi.Yang mengejutkan aku tak lain tak bukan ManU berjaya jaringkan gol beberapa saat sebelum masa 3 minit tu habis!Hebat!Great!Kecewa Nik Afifi dibuatnya.

Apa lagi,bertempik la penyokong ManU.Yang paling kuat sekali tempikannya ialah  ^%&%%$.(cuba teka siapa).Kalau adik adik dia nampak,mesti diorang tak caya punya.Memang dia naik sheih la time tu.Mungkin tengan happy giler kot team kesukaan dia score gol.Tapi takpela..standard la tu..

Well,dekat 9.30 gak balik UTP. abes solat isya kat masjid terus g Ijtima Sanawi RM di LH1.

Pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni ialah,kita manusia ni memiliki hobi,minat dan kecenderungan berbeza beza.Tidak semua orang minat apa yang kita minat dan tidak semua benda yang orang lain minat kita minat. Faham tak? (huhu). Akhirnya kita mestilah belajar menghargai minat dan hobi sahabat sahabat kita. Betul tak?Jadi aku minta maaf kat semua kalau memperlekeh bola sepak selama ni.Aku hargai kesukaan korang semua.

Sekian.Happy Reading.Peace.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: