Bertemu Kembali!

14 02 2011

Salam to All,

Apa khabar semua?Apa khabar sahabat sahabat di kampus UTP dan di seluruh Malaysia?Saya doakan semuanya masih sehat dan segar bugar.Saya mohon maaf. Sungguh lama sekali blog ini dibiarkan tanpa post post terbaru. Dah 1/2 tahun lamanya.Sorry ea..For your information, Saya sekarang sudah bekerja.

Saya bekerja di PETRONAS CARIGALI KERTEH. Dah nak masuk 4 bulan saya kerja di sini. Saya menyepi seketika dari dunia blog dan muncul agresif di FACEBOOK. Terlalu banyak perkara yang saya tidak sempat untuk update di sini. Rugi sungguh.Harijadi kawan,isu isu dan konflik yang timbul sepanjang 6 bulan ni tidak dapat dinukilkan di sini.

Harap pembaca setia saya tidak merajuk.Saya berbangga dengan anda.Meskipun blog ini sudah 6 bulan tidak di beri input baru, namun masih ada juga pembaca pembaca setia yang buka blog ni. Tahniah.anda hebat.

Semoga bertemu ladi di post seterusnya~

 





Selamat Hari Lahir Abdul Mu’min Azemi

9 08 2010

Selamat harijadi buat adik kesayangan saya, Abdul Mu’min. Genaplah usianya kini 21 tahun. Bertambahlah nampaknya seorang lagi pengundi yang layak untuk menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya tidak lama lagi..hehe..maaf agak berbaur politik.

Mu’min apa kabar?sehat?macam mana dengan sem baru di UTP?seronok?Mesti dah start meeting untuk ETP kan?Well buat pengetahuan semua,Mu’min ini kini sudahpun tahun 3 di UTP. Beliau ialah salah seorang penuntut di fakulti kejuruteraan kimia.Sama macam saya juga.Saya pun di fakulti yang sama juga. Cuma saya telahpun grad. yahu!!

Siapakah Mu’min ini?

Mu’min adalah ahli usrah saya waktu dia masuk UTP dulu. Waktu tu saya tahun 2. Saya berganding dengan senior iaitu Abang Syakir Zaini yang baru balik intern untuk  jadi fasilitator smartgroup Mu’min. Ahli ahli kami antaranya Syed Haq,Zulhilmi,Amin Jailani,Faisal dan lain lain.

Alhamdulillah berkat usrah tersebut,hubungan kami sangat rapat hinggalah kini.

Mu’min ini asal KL. Duduk di Taman Melewar. Maknya seorang pemimpin popular. Mu’min ada 10 orang adik beradik. 5 laki dan 5 perempuan.Ibunya sangat beruntung kerana dapat anak yang hafal Quran macam Mu’min.Pernah tak saudara pembaca berimamkan Mu’min di Masjid An-Nur? Bestkan dia baca ayat Al-Quran??

Saya tak ingat Mu’min sekolah mana dulu.Rasanya sekolah Maahad kat Kelantan kot. Yang saya tahu Mu’min ini pernah belajar di Afrika Selatan suatu ketika dahulu. Belajar kat pondok kot. tiba tiba teringat lagu Syakira waka waka eh eh plak…cause this is africa!

Apa lagi pasal Mu’min yang saya tahu ek?

Mu’min ni orangnya ceria. Dia sibuk dengan program program Islam. Kadang kadang sampai pening kepala lah. Selalu jugak dia luahkan kepenatannya dan keserabutannya pada saya. Yela saya ni kan rapat dengan dia.

Mu’min kalau kemana mana mesti suka pakai beg ataupun bawak file. Dia rapat dengan ustaz ustaz dekat masjid An-Nur.Dia selalu jadi imam di masjid.Bila Mu’min jadi imam,mesti dia baca ayat yang agak panjang. betul tak?

Mu’min ni bukan setakat hafal Quran jer. Dia bijak orangnya. Dia bagus hal hal komputer.Tang ni saya respek dia. Pastu Mu’min ni bagus hal hal management dan pengurusan organisasi. Mungkin sebab didikan RM kot dia jadi macam tu. Jadi buat adik adik di UTP,masuklah RM…dapat belajar banyak benda.

Saya pernah pergi rumah Mu’min suatu ketika dahulu.Masa tu saya datang dengan Hidhir,Ang,dan Nik Akmal. Kami tido rumah dia. Keesokan harinya kami mandi manda di Ulu Yam kot tak silap,dekat dengan Hulu Selangor?tahukan Hulu Selangor kat mana? Ala yang PKR tewas dengan BN dalam pilihanraya aritu. Dato Zaid kalah dengan Kamalanathan. Harap tau la..huhu

Sem depan Mu’min dah nak intern. Nak intern mana Mu’min? Internlah kat tempat yang best.Kat Paka ke..

Saya doakan agar adik saya ni berjaya dunia dan akhirat. Doakan abang ye Mu’min.Semoga kita dapat jumpa lagi diluar UTP. Ada masa dan ketika,jum lah jumpa jumpa kat KL ni. dekat je pun..

Ok, Happy Birthday again. See you.

Assalamualaikum..





*Kalau Aku Kawin Tahun Depan*

29 07 2010

Haha. post kali ni agak kontroversi.Anggap ia sebagai percambahan fikiran saja buat masa ini.Bukan apa..Lama dah terfikir. Dan ada jugak bagitahu kawan kawan.

kalaulah ditakdirkan saya kawin tahun depan,maka berakhirlah zaman bujang saya.Saya akan memasuki satu alam baru yang menjanjikan seribu satu cabaran dan tanggung jawab.

2011 kawin, let say 2012 ada anak sulung.maka anak ini kalau boleh mestilah anak lelaki.Namanya mestilah lebih kurang macam nama saya. Sebagai contoh Kamarul Izzudin Bin Kamarulzaman (for example).

Bila dia berusia 7 tahun,dia akan masuk darjah satu. Ini bermaksud Kamarul Izzudin masuk darjah satu pada tahun 2019..betul betul setahun sebelum wawasan 2020 tercapai.

Jika ditakdirkan UPSR masih ada, Kamarul Izzudin akan menduduki peperiksaan pada tahun 2024!! Seterusnya dia akan menduduki PMR pada tahun 2027 dan SPM pula pada tahun 2029!

sekiranya anak saya cemerlang, dia akan masuk universiti pada tahun 2030 dan akan graduate pada tahun 2035. Kamarul Izzudin ketika itu berusia 23 tahun,sama seperti saya sekarang.

Izzudin akan bekerja dan bekeluarga pula. Maka cycle ini akan berterusan sampailah dunia kiamat..

Pada ketika itu, Kamarul Izzudin mungkin sudah ada ramai adik dibawahnya. Ada lelaki ada perempuan. Umur saya pada waktu itu sudah dua kali ganda berbanding sekarang, iaitu 47 tahun…

Persoalan yang cuba saya lontarkan pada semua pembaca pada kali ini bukan berkenaan saya. tetapi berkenaan dengan keadaan dunia di masa depan. Saya terfikir apa pula keadaan dunia pada waktu anak anak kita membesar nanti.

Jika pada zaman kita,kita dihidangkan dengan zaman internet,zaman facebook dan zaman handphone.Orang orang seumur saya digelar sebagai generasi Y yang mana cara fikir dan tindakan berbeza berbanding generasi X sebelum kita.

pada zaman kita Barisan Nasional memerintah. Gejala sosial dan jenayah yang teruk serta macam macam lagi. Saya terfikir apa pula keadaan dunia pada tahun anak saya masuk darjah 1 (2019), ambik UPSR (2024) dan masa di zaman universiti (2030-2035)???

Adakah waktu itu FB menjadi satu perkara yang sangat kuno bagi generasi itu?Adakah waktu itu jenayah dan gejala sosial semakin teruk?Atau mungkin waktu itu generasinya sangat beriman?Siapakah pemerintah kita pada waktu itu?Adakah masih barisan nasional atau mungkin Pakatan Rakyat?

mesti ramai dikalangan kita tidak terfikir akan perkara perkara ini. Kita banyak berfikir tentang kehidupan kita saja. Kita mungkin terlupa bahawa kita akan (insyaAllah) ada keluarga dan generasi selepas kita.

Sama samalah kita renungkan….renung renungkan..selamat beramal~





Fadhli Bin Sayutti-updated

27 07 2010

Selamat harijadi Fadhli. Blog ikhlasdariku telah lama menunggu satu karya mengenai Fadhli Sayutti. Setahun yang lalu, saya tidak wish dia atas sebab sebab tertentu. InsyaAllah kali ini saya akan tulis sesuatu mengenai adik saya ni.

Fadhli Bin Sayutti,asal Kota Bharu Kelantan. Sekolah asal MRSM Jeli. Masuk ke UTP pada Jan2008. Fadhli bukanlah ahli smartgroup saya. Saya pula bukan faci MAS Jan08. Namun pada suatu hari, Allah gerakkan saya untuk menegur beliau di hadapan CIMB Bank UTP. Sejak itu kami kenal. Dan hanya baru baru ini saya dapat tahu yang Fadhli ini adalah anak bongsu.

Orangnya baik. Ceria dan mudah mesra. Nampak macam talkative dan menonjol. Mungkin itu first impression saya pada dia. Walaupun tak kenal mana,namun bila ada kesempatan dia pasti hantar mesej.
“Salam,abang zaman buatpe tu?Sehat?Saya sekarang ada atas bas. On the way nak balik Kelantan”. Mungkin begini bunyi mesejnya di waktu mula mula kenal dulu. Tapi itu dulu. Sekarang dah takda mesej begini masuk ke hp saya…

Fadhli sudah tidak lagi menghantar mesej,melainkan betul betul ada urusan. Jadi mesej nya sungguh mahal bagi saya. Sebab tu mesejnya yang setahun or even dua tahun lepas masih saya simpan dalam hp saya. tidak pernah saya padam. Ada ketikanya saya akan buka dan baca semula.Selalu saya baca.

Chemical Engineering. Tu program dia. Sama macam saya. Fadhli ni selalu puji “abang scorer,pandai”. Dia selalu kata saya ni pandai,score dan rajin. Impression begitu mungkin berlaku sebab dia pernah tengok saya study dekat masjid lama. Waktu tengah qiyyam. Dia dan bukhari lalu tepi saya yang sedang study.

Fadhli ini aktif dengan rakan masjid. Orangnya bijak. Tapi merendah diri. Dia puji orang bijak sedangkan dia juga bijak orangnya. Dia rajin ke masjid. Selalu Nampak dia dimasjid. Selalu sangat pakai baju melayu merah dan ketayap dia tu.

Saya pernah cadang dia tukar dari maxis ke university pack. Tapi dia tak nak. Sampai ke hari ni dia masih guna maxis. Jadi jelaslah bahawa Fadhli ni berpendirian tetap. Sama macam saudara Afiq Ahmad (kembar beliau) yang juga masih menggunakan maxis hingga kini. Salahke guna maxis?tak salah..Cuma mahal la kan bila mesej ke celcom. Budak UTP ramai guna celcom.

Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka menyampah. Jujurnya Kami tak mengenali antara satu sama lain dengan baik. Walaupun Nampak macam rapat,walaupun Nampak macam akrab namun selama ni fadhli tak Berjaya kenal saya dan saya pun tak Berjaya kenal dia dengan baik.

Banyak salah faham timbul bila tak kenal. Banyak makan hati. Banyak terasa hati. Hanya selepas dua tahun iaitu pada Jan2010 barulah fadhli rasa dia mengenali saya dengan baik. Itupun selepas bekerja sekali dalam ARP MAS Jan10.

Walhasil MAS Jan10 adalah waktu saya sudahpun ditahun akhir.Jadi terasa rugi ukhuwah selama bertahun tahun lamanya tidak membuahkan kemanisan. Tapi saya reda. Alhamdulillah tahun akhir saya manis. Persahabatan perlukan kebersamaan. Namun dalam ramai ramai sahabat di kampus, dengan fadhli lah kebersamaan yang paling kurang saya rasa.

Bila dah tak ada dikampus,saya rasa rindu dengan sahabat2 yang di kampus. Kadang kadang sampai terbawa ke dalam mimpi.Walaupun mimpi sekadar permainan tidur, namun sekurang kurangnya dapat juga menghiburkan hati saya bertemu dengan sahabat sahabat. Fadhli pun saya selalu jumpa dalam mimpi.

Pada 2008 Hidhir ada tunjuk video fadhli main boling. Ini video dua tahun lepas.Saya pun berfikir pada waktu itu bilalah fadhli nak main boling dengan saya pula. Bertahun tahun lamanya akhirnya sebulan yang lepas pada Jun 2010 maka baru dapat peluang main boling bersama,sekali dengan Hidhir dan Mizi.Itupun secara kebetulan. Sebab Fadhli singgah rumah kami di Taman Melati as tiket bas dia Kelantan jatuh pada esok hari.

Fadhli..sekarang semakin sibuk dengan agenda dakwah Rakan Masjid. Cita cita islamnya tinggi dan jelas. Sama macam roomatenya iaitu Zaiyinul. Saya rasa kalau kita ada 100 orang yang bersemangat macam dia di kampus, nescaya biah solehah akan cepat muncul di bumi UTP.

Selamat hari jadi fadhli. Maaf panjang pulak. Maybe emo sket. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku selama ini. Semoga anda menjadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah.Amin.Semoga berjumpa lagi. Uhibbukafillah.





Nik Afifi Bin Nik Abdul Rahim

26 07 2010

Cameron Highlands. Nik pakai baju putih

Selamat hari jadi Nik Afifi. Dah 23 dah umur anta. InsyaAllah tak lama lagi kerja dan lepas tu bolehlah bersiap siap untuk kawin. hehe.

Nampaknya tiga hari berturut turut ni (26,27 dan 28 July) adalah harijadi orang orang yang cukup dekat dengan saya.Siapa pula hari jadi pada esok hari?Sama sama kita nantikan.

Nik Afifi…Allah beri saya peluang kenal Nik Afifi ni melalui akademik. Saya mula kenal Nik Afifi waktu first year. Waktu tu semua orang ambik DE (Differential Equation).Dan pada waktu itu semua orang ambik TPW (Technical and Profesional Writing).

Dengan 2 subjek inilah menjadi sebab kami rapat. Saya ada bantu dia buat assignment DE dan juga TPW. Sejak itu kami selalu study sekali. Waktu tu saya dah duduk kat v5F manakala Nik dan ramai lagi dari batch July05 masih duduk di v1 dan v2.

Nik,saya dan kawan2 lain selalu bertandang ke v5F untuk belajar DE bersama sama. Alhamdulillah waktu tu saya diberi kefahaman sikit pasal DE. So bolehlah saya share dengan orang lain. Alhamdulillah kami semua score DE dan ukhuwah pun jadi rapat.

Kami pergi usrah RM sekali. Dan sejak itu alhamdulillah kami jadi sahabat yang baik sampai sekarang.

Nik ni sekarang menetap di Balok,Pahang. Ayah nya Nik Abdul Rahim bin Nik Yahya. Ayah dia Senior Manager di MTBE Malaysia Sdn Bhd, tempat saya intern tempoh hari.

Nik ni thiqah orangnya. Tak banyak cakap. Tapi tu depan public la kan..haha. Actually Nik ni ceria gila orangnya. suka bergurau dan menyakat orang. Dia suka main bola. dia memang update la pasal bola ni semua. Jersi ada. boot bola pun cukup.

Nik kalau kat kampus pakai kereta wira. Selalu datang masjid. Saya selalu jugak pergi masjid naik kereta dia. Saya berani cakap dia adalah antara sahabat yang  paling rapat dengan saya. Alhamdulillah sampai sekarang jadi lagi rapat. tak bosan. haha.

Sekarang Nik duduk kat pahang. Maybe kat umah sibuk applu kerja. Kitorang dah tak duduk sekali. Sebelum ni kami serumah dari first year lagi. banyak la kenangan. Ada masa baik. Pernah jugak gaduh. Merajuk kecik ati.Standard la kan..tapi sekarang semua baik belaka. Semua yang berlaku dimasa lepas adalah hiburan dan kenangan pada masa sekarang.

Selamat hari jadi Nik. Uhibbuka. Ukhwah Fillah.





Mohamad Fauzi Bin Abdul Kadir

26 07 2010

Saya mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Fauzi yang ke-20. Saya dimaklumkan oleh saudara Saufi siang tadi tentang perkara ini. saya berdoa semoga sdr Fauzi akan beroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Saya ingin bercerita serba sedikit tentang Fauzi.

Fauzi ini batch Jan08, sama seperti Faiz,Zaiyinul Ain dan lain lain. Saya mengenalinya agak lewat sedikit berbanding yang lain. Saya selalu nampak dia dimasjid. Pada masa yang sama, dia adalah ahli smart group sahabat saya, Budiman.

Beliau berasal dari Kajang.Saya pernah pergi rumah dia waktu hari raya yang lepas.Jurusan Kejuruteraan Awam di UTP dan roomate bernama Adib. Dulu roomatenya ialah Muiz Ismail.

Saya agak rapat pada awalnya dengan beliau. Tapi sejak dua menjak kebelakangan ini kami jarang berbual panjang. Tidak seperti dulu. Kami boleh kata selalu borak dan makan sekali di kafe.Saya minta maaf mungkin ini silap saya.

Fauzi ini merendah diri orangnya. Beliau selalu merasakan dirinya banyak dosa. Beliau selalu merasakan dirinya tidak baik. Bagi saya itu adalah sesuatu yang positif kerana tidak banyak orang yang sedar dan bercakap soal dosa dan kelemahan diri. jadi bagi saya, orang yang menjaga diri akan selalu merasa dirinya berdosa.

Fauzi ini bagus orangnya. Terbuka. Suka sharing dan berkongsi masalah. Dan lagi satu,Fauzi ni suka silat dan suka main bola.Yang tu saya tahu. Dan yang paling jelas ialah dia ada motor besar yang selalu meluncur ke Masjid Annur.

Saya doakan Tuhan akan memberi kebaikan buat dia. Saya minta maaf banyak banyak atas salah dan silap selama ini. Selamat hari jadi Fauzi!





Bowling Bersama Syawal,Umair,Izwan dan Yazid

24 07 2010

Bukan sahabat. Tapi adik adik kampus.

Salam semua. Saya sudah masuk hari ke-2 di UTP. Harini sekitar pukul 1 petang, Saya bersama adik adik kampus (Syawal,Umair,Izwan dan Yazid) telah pergi ke Ipoh untuk bermain bowling. Idea ni sebenarnya cukup spontan. Tapi saya terus setuju. Bukan apa. Bukan senang nak balik kampus dah lepas ni. So better masa yang ada digunakan bersama sama sahabat.

Syawal

Kami pergi naik kereta Syawal. Banyak betul dugaan kami hadapi harini. Cuba anda bayangkan…Pegi Ipoh Parade tapi bowling kat sana dah disewa orang untuk buat tournament. Then pergi pulak ke Greentown Mall. The same thing happen. Tempat ni pun orang guna untuk tournament. So kami pun bergegas pula ke JJ. nasib baik ada.

Umair

Saya kagum dengan Syawal. Dia sabar. Hari dah la panas terik. Banyak kereta. Kena bayar parking lagi. Sesak sana sini. Tapi dia tak mengeluh dan putus asa. kalau saya maybe awal awal lagi dah balik.

Izwan

Kami main tiga games. Setiap orang baling 30 kali. Just imagine berapa lama kami main..memang kitorang main sampai bosan la..haha..Game 1 saya kalah (fine).Game ke-2 Syawal kalah..Manakala game ke-3 Umair kalah. So mereka mereka yang kalah kena belanja makan KFC (judi ke ni?takkan?)

Yazid (baju oren)

Kami solat dan makan sama sama. Dah dekat pukul 9 malam sampai UTP semula. Alhamdulillah seronok. Minta maaf kepada syawal,umair,izwan dan yazid kerana tak dapat belanja anda semua lagi. InsyaAllah jika ada rezki dimasa depan boleh kita pergi lagi. Maaf atas silap dan salah. nanti intern jangan lupa pergi Kertih ya.

Salam.

note : Gambar2 masa bowling tak dapat Upload. wayar tinggal kat KL.