FYP 2 & FYDP 2 Yang Horor

7 04 2010

Minggu ni adalah minggu yang tension bagi mahasiswa tahun akhir jurusan kejuruteraan kimia seperti saya.Ketensionan ini berpunca daripada FYP dan FYDP.Mana tidaknya report FYDP kena submit hari ni.Manakala Progress Report 2 FYP pula mesti dihantar jumaat ini.

Bagi saya,saya mungkin tidak tertekan sangat. Tapi kawan kawan lain saya dapat rasakan tekanan mereka,lebih lebih lagi yang projek mereka adalah makmal-based.

Sekarang mereka tengah struggle gila gila sebab nak dapatkan data data dari eksperimen yang mereka jalankan.Seorang kawan saya (muslimat) yang dikenali ramai,sampai hari ni tak dapat data lagi.

Bukan sebab beliau malas,tapi kerana masalah equipment yang asyik leaking je.Usaha beliau sangatlah marvellous.Design valve sendiri guna autocad,hantar ke kedai logam sendiri,cari bahan sampai ke Pulau Pinang,set up sendiri apparatus di lab.

Namun kesian sangat kat dia,equipment saudari ni masih leaking.Kesannya pressure yang diingini tidak dapat dicapai. Dah lebih sepuluh kali dah usaha ketuk ketuk dan usaha repair repair dibuat, but still sampai ke waktu ini data data masih tidak diperoleh.

Sampai tercetus dihati beliau untuk tidur di makmal kimia. Kesian kan?Tapi semangat dia sangatlah kental.Walaupun jumaat ni Progress Report yang perlu ada data perlu dihantar,namun beliau kekal kuat dan gagah untuk meneruskan misi mendapatkan data.

Dialah Saudari Istiazah Bt Abdul Aziz.

Saya bersyukur dapat projek yang boleh buat kat bilik.Tak la senang sangat tapi ok lah berbanding orang lain.

Nasihat saya,janganlah ambik projek berunsur makmal.Nak request bahan bahan pun berbulan bulan,belum nak design kaedah eksperimen lagi. Memang mencabar. Tapi jangan ingat simulation tak mencabar. Lagi lagi kalau kena guna software yang pelik pelik.Memang horor la FYP ni. First time dapat tajuk,saya langsung tak faham maksudnya.

Bersiap sedialah wahai budak Chemi Junior.Giliran anda tidak lama lagi.

p/s :

Tajuk FYP saya ialah Kinetic Analysis of Methanol Steam Reforming for the Hydrogen Production-simulation based

Tajuk FYP istiazah pula ialah CO2 Solubility Study in Ionic Liquid-lab based

Tajuk FYP anda? Nantikan..

Advertisements




Sejarah Smart Group (SSG)

4 04 2010

Salam.

Semasa mendengar ceramah Presiden Teras di Masjid An Nur tadi,saya telah terpandang beberapa kerat manusia yang memakai baju t-shirt kuning. Dibelakangnya tertulis *Smart Group*.

Bila cakap pasal smart group (SG),saya teringat yang saya dulu ada SG juga. Senang cerita semua student UTP pernah ada SG. betul tak?Kita diberi peluang bersama SG sejak dari minggu orientasi lagi.

SG ni senang criter Usrah la..bukan benda baru pun. Tapi memang perkara yang Nabi buat dulu. Letak nama SG supaya kedengaran lebih catchy. Ada student setia dengan SG,tapi ada juga yang cabut lari.

Punca puncanya mungkin SG tak dikendalikan dengan baik,fasilitator SG yang tak aktif atau mungkin adik adik ni tak minat. Kesannya student UTP umumnya tidak merasai nikmat SG/usrah ni.

Namun RM tak pernah putus asa. Pimpinan berganti pimpinan. idea berganti idea. RM yang menjadi platform terbesar pelajar islam UTP tidak pernah jemu dengan gerak kerja mereka.

Kini mereka tampil dengan idea baru pula iaitu dengan T-Shirt. Masul Tanzim Jabatan Nuqaba (TJN), saudara Mohd Fadhli Sayutti beserta teamnya telah come out dengan idea  t-shirt ini. Siap ada logo lagi.design baju nyer pun cukup menarik.

Saya galakkan anda semua beli or atleast galakkan adik adik SG beli supaya roh SG ni lebih terasa. Tak mahal mana pun. RM28 je.Saya ingin mencadangkan kepada Fadhli Sayutti,wajibkan ahli RM untuk beli dan pakai. Start dari presiden sampai la ke lujnah lujnah. So tambah satu lagi koleksi baju korang selain yang warna biru BN tu..huhu.

Saya dulupun ada SG. Masa mula2 masuk dulu fasilitator SG saya ialah abang Ariff Shah,bekas Presiden RM. Alhamdulillah SG ni banyak membimbing saya dalam mengharungi hidup di UTP ni. Dulu ramai dalam SG saya. Yang setianya tak ramai….

Terima kasih RM. terima kasih fasi SG. kerana jasamu, aku menjadi diriku pada hari ini. Alhamdulillah.





Pakar Pakar Komputer Berselisih Pendapat

2 04 2010

Pakar pakar komputer kini berselisih pendapat tentang kondisi laptop saya. Satu pihak mendakwa local D saya yang lesap tidak boleh lagi di selamatkan.

Beliau yang merupakan bekas orang kuat Medtech mendakwa komponen terpenting laptop saya iaitu Local D telah sedia di delete oleh si tukang format sebelum proses performatan berlaku.

Beliau yang saya temui pagi tadi cuba menyelamatkan folder folder saya yang dikatakan lesap.Namun hampa kerana belau menyatakan ia tak mungkin dapat diselamatkan lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan 2 lagi orang kuat medtech.Seorang masih aktif dalam medtech dan seorang lagi telah bersara namun cukup terkenal. Mereka berdua mendakwa folder folder yang hilang dalam hardisk boleh di recover semula.

Tidak kiralah sama ada ia di delete,terdelete or dibuang sekalipun,ia mampu di aktifkan semula.

Namun sehingga ke jam ini,laptop saya masih hang kerana proses pemformatan masih tergantung di tengah jalan.Meskipun telah berlaku khilaf dan perselisihan pendapat yang nyata antara orang orang medtech ini,namun apa yang penting ialah saya mahu komputer saya kembali aktif.

please.Saya banyak kerja nak buat.Serik dah rasanya nak format komputer lagi.





2 Jam Sehari : Apa Komen Mereka

10 03 2010

KOMEN 1: Bro Izzue20b@gmail.com

zaman, satu idea yang bagus. saya berasa agak terkilan kerana tidak belajar bersungguh2 semasa di UTP dahulu. tapi, alhamdulillah…kesedaran itu datang apabila sudah berada di semester2 terakhir. walaupun agak lewat, ianya cukup untuk saya bergelar graduan UTP. jika saya berusaha gigih, pasti saya boleh mendapat keputusant yang lebih baik dan mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat selepas graduasi.

saya terpaksa melalui zaman getir dalam mencari pekerjaan, kerana rata-ratanya, pointer yang bagus merupakan batu loncatan yang amat mudah utk mendapat sesuatu pekerjaan yang baik.

mungkin Tuhan permudahkan rezeki saya, saya boleh beroleh pekerjaan selepas hampir 4 bulan menganggur. usaha gigih menghantar resume kepada mana2 syarikat oil & gas yang saya ketahui (target saya utk bekerja di syarikat oil & gas) amatlah berbaloi. saya akui, yang saya lemah dalam akademik, jadi saya tonjolkan aspek2 lain yang membolehkan saya untuk “menjual” diri saya kepada potential employer. personaliti, karakter dan juga soft skill merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan dlm sesuatu interview kerja.

saya sedar, petronas bukanlah tempat utk saya buat masa sekarang walaupun saya pemegang biasiswa mereka. ini kerana, pointer adalah isu utama. tanpa pointer yg bgs sudah pasti petronas tidak akan mengambil saya sbg pekerja mereka. tapi, saya yakin peluang dan rezeki ada di mana2, dan petronas bukanlah satu2nya syarikat yang berkecimpung dalam business oil & gas.

di mana kemahuan, di situ ada jalan. sekarang saya sudah mendapat pekerjaan yang bersesuaian dan memenuhi minat saya. yang pasti, ianya adalah syarikat oil & gas. saya bersyukur kepada-Nya atas rezeki ini. tapi, jika saya peruntukkan 2 jam setiap hari utk belajar semasa di UTP dulu, saya pasti laluan itu akan lebih dipermudahkan.

jadi, belajar lah bersungguh2 dan saya menyeru agar semua pelajar di UTP mengikuti saranan Zaman ini.

KOMEN 2: arvinder8912@gmail.com (nom-muslim)

arvinder8912: bro,yang 2jam sehari,non muslim boleh join tak?

KOMEN 3 : benz.alif@gmail.com

sangat setuju, eventho not all yang macam tu, if they go berdakwah here and there, at least they should know what to prioritise first. bukannya nak suruh terus stop, bukak buku 24/7 and get dean’s list out of sudden.at least jadi role model, baru la lagi berkesan rasanya.after all, in our case, most of us ‘dibayar’ untuk belajar.just pandangan dari insan yang juga sedang cuba membaiki diri.

KOMEN 4 : kelvinyiherng@gmail.com (non-muslim)

thanks abg zaman for a useful guide.. lets study 2 hrs per day !! we can do it 🙂






Pelbagai Reaksi Diterima

25 02 2010

foto 1: Kempen study selama 2 jam wajar dipertimbangkan

Semenjak idea *2 jam sehari* dicadangkan beberapa hari yang lalu, saya sudah menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada kalangan sahabat sahabat dan adik adik yang membaca entry ini.Dimana mana berjumpa ada sahaja yang mengutarakan pandangan.

Saya dihujani beberapa pandangan yang berlainan.Umumnya ada beberapa pandangan yang dilontarkan kepada saya. Yang bersetuju berkata cadangan itu adalah langkah wajar yang perlu difikirkan oleh mereka mereka yang sangat sibuk bergerak kerja.

Tidak kurang juga yang menolak.Bagi mereka cadangan ini sangat sukar untuk dilaksanakan kerana tempoh 2 jam itu sangat lama. Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya.Ada yang kata mereka sangat sibuk.Tidak kurang juga yang cakap tidak sanggup study selama itu.

Ini cuma sekadar cadangan saya.Saya mencadangkan ini disaat ramai orang orang yang dikatakan ‘berdakwah’ ini dilihat mengkesampingkan tanggung jawab utama mereka terhadap pengajian mereka.

foto 2: engineering tak sama dengan masakan

2 jam bagi saya adalah sangat minimum dan sebenarnya tidak cukup kerana bidang Kejuruteraan ini bidang profesional yang berat untuk di pelajari. Kita bukan belajar bidang bahasa ataupun bidang masakan.Kalau sekadar belajar masak masak,mungkin lain ceritanya.Tapi ini kejuruteraan!Tak semua sanggup,layak dan mampu mempelajarinya.

Saya kecewa melihat betapa wujudnya orang yang melihat akademik ini tidak lebih dari sekadar perkara sampingan. Akademik ini adalah perkara terakhir yang akan mereka fikirkan meskipun dia itu seorang mahasiswa islam yang aktif dalam gerak kerja dakwah.

foto 3 : sudah berapa puluh ribu duit penaja yang kita habiskan?

Bagaimana mungkin ini berlaku sedangkan akademik ini amanah besar. Ia bukan lagi sekadar fardu kifayah,malah sudah jatuh hukum fardu ain! Saya tidak faham bagaimana mereka mereka ini melihat keutamaan.Tugas asal seorang mahasiswa tidak lagi dijalankan.Sedangkan orang orang beginilah yang paling banyak bercakap pasal amanah!

Yang menyedihkan, budaya membaca,mentelaah dan mengulangkaji itu sudah tidak menjadi amalan bagi sesetengah kita.Kita sudah hilang minat,hilang perasaan terhadap pengajian kita,walaupun pada hakikatnya kita dah telan duit Petronas berpuluh puluh ribu ringgit. Layak ke kita nak kata ‘saya sudah tidak berminat’ setelah melahap duit orang begitu banyak?

Jadi saya harap kita semua dapat muhasabah.Inilah punca masalah akademik berlaku. Kita tidak hadam dengan ilmu yang diajar. Dan tak hadam berlaku sebab kita tidak bersedia,tidak pernah cukup persediaan. Belajar ala kadar saja. Kadang kadang mengalahkan orang yang genius.Kita ni bukan bijak mana.Tu sebab kita mesti belajar lebih dari orang lain.

Janganlah memberi alasan sibuk.Saya nak tanya,betulke kita ni sibuk?Sila nilai balik kemana perginya 24 jam anda dalam sehari?Adakah 2 jam ini terlalu berat untuk anda membaca dan mengulangkaji?adakah 22 jam lagi anda berjuang dan berdakwah?ataupun masa banyak habis kerana perkara perkara lain?

sama sama kita muhasabah.saya tidak memaksa anda belajar 2 jam. Tapi sekurang kurangnya belajarlah setiap hari secara konsisten.Bukankah istiqamah itu perkara yang terbaik dalam agama?

Sudah sampai masanya untuk kita lebih berdisiplin dengan masa. Perhatikan masa kita kemana habisnya.Masa yang pergi tidak akan kembali.Justeru gunakan ia sebaiknya.