Jelajah ke UTP

25 04 2011

All the Best Jan08

Saya telah menyertai Jelajah Alumni RM Zon Timur baru baru ini ke UTP. Tujuannya untuk bersua muka dengan pimpinan dan warga RM yang telah lama tidak dijumpai.Bermula Khamis malam saya dan M Nirman, Zulhilmi Awang dan Redzuan meluncur menaiki Honda City ke Ibu Kota Kuala Lumpur dan bermalam di sana. Sempat saya bertemu dengan Syed Haq dan bermalam di sana.

Di UTP, ternyata sambutan amat memberangsangkan. Saya bertemu ke semua sahabat sahabat  baik saya. Adik adik memberikan reaksi yang baik. Seusai solat jumaat di Masjid An-Nur UTP yang saya rindui, sahabat sahabat datang silih berganti untuk bersalam dan bertanya kabar. Ingin bercakap lebih lama dengan setiap seorangnya, namun tidak berkesempatan.

Sesi malamnya lebih menarik. Saya diminta menyampaikan sedikit suntikan semangat buat mereka sebagai pecutan terakhir menanti tibanya Ujian Tahun Akhir. Saya sentuh isu akademik yang ternyata kian meruncing dan mencengkam. Namun saya yakin, warga RM bakal bangkit keluar dari kelesuan dan akan bersedia untuk bertempur di medan peperiksaan.

Saya cukup gembira kerana peluang berada di UTP dapat digunakan untuk bertemu sahabat satu demi satu. Saat paling manis ialah bila dapat makan Kek Secret Recipe bersama sama sahabat sahabat Jan08.Teringat lagu UTP : hasil dituai benih disemai,laba dinikmati beramai ramai.Apa salahnya kan sekali sekala balik jumpa adik adik.Beri hadiah dan menyebarkan salam dapat mengeratkan hubungan persahabatan,

Alhamdulillah dapat bertemu kesemuanya yang ingin ditemui. Dapat keluar makan sama sama dan dapat solat subuh bermathurat sama sama,bermajlis bersama sama dan yang paling penting dapat berkongsi pengalaman dan pendapat dengan mereka semua.

Zaiyinul Ain, Presiden Rakan Masjid.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada adik adik kampus yang memberi layanan baik kepada kami semua dari Timur. InsyaAllah di lain kesempatan kami akan datang lagi ke bumi UTP yang tercinta.

Pali bagi Key-Chain,terus pasang pada Kunci Kereta Honda City Saya.hehe

Selamat Maju Jaya untuk peperiksaan Akhir Semester tidak lama lagi.Saya doakan kejayaan anda semua. Kepada batch Jan08, thanks ye.

notes : Dalam perjalanan balik sempat juga kami ke Genting Highland. Masuk rumah Sajli dan melihat panorama indah sambil menghirup angin gunung yang dingin (tak la dingin sangat).

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: