Kegagalan Mengurus Konflik

18 03 2011

sekadar gambar hiasan

 

Salam Pembaca Blog Ikhlasdariku sekalian.

Seperti yang dijanjikan dalam FACEBOOK saya pagi tadi,saya tampil kali ini dengan tajuk MENGURUSKAN KONFLIK.Kita semua melihat konflik berlaku saban hari dalam kehidupan kita. Konflik menyebabkan negara berperang,ahli politik naik turun mahkamah,rumah tangga berantakan,keharmonian tempat kerja kucar kacir dan sesama sahabat tidak bertegur sapa.

Saya juga dilanda konflik. Konflik dalam diri memang sentiasa ada. Di tambah pula dengan konflik persahabatan dan konflik berkait pembelian aset.Pembaca mungkin sedar keadaan ini. Inilah antara konflik yang menggoncang kehamornian saya beberapa ketika sebelum ini. Kini semuanya semakin pulih.

Saya nak fokus pada KONFLIK BERSAHABAT. Saya sentiasa berhadapan dengan konflik ini. Kebanyakan konflik yang berlaku berjaya di atasi akhirnya. Namun ada juga beberapa konflik yang gagal dan berakhir dengan kerenggangan yang kekal. Memang sukar diterima awalnya. Tapi ini tidak lagi dapat dielakkan.Saya hilang beberapa sahabat dalam konflik yang berlaku.

Saya melihat KONFLIK berlaku dalam hampir setiap persahabatan saya. Saya tidak mahu ia berlaku. Tapi ia berlaku juga. Justru ia seolah menjadi satu Fasa wajib dalam persahabatan saya dengan manusia di sekeliling ini.Tapi 95% konflik yang berlaku,walaupun tidak menyenangkan namun berjaya selesai dan hubungan jadi lebih baik.

Saya serik untuk terheret ke kancah konflik lagi. Ia sangat menganggu hati nurani. Tapi ada baiknya ia berlaku. Kita lebih mengenali watak sahabat dan teman sekeliling dengan lebih baik. Ia menjadikan kita lebih sabar dalam menerima kelemahan dan kekurangan masing masing.

Komunikasi yang tidak betul menyebabkan hati dan perasaan terluka dalam konflik. Sikap ego dan tidak mahu berbincang menyebabkan fikiran sentiasa menduga-duga. Saya percaya Konflik tidak berjaya diurus kerana tidak ada komunikasi yang berkesan wujud.

MISCOMMUNICATION adalah punca konflik yang jelas.Kadang kala,orang lain gagal memahami maksud kita. Lain yang dikata,lain yang difahaminya. Lain yang kita cuba maksudkan,lain pula penerimaannya. Saya pun masih lemah dari segi ini. Tapi saya bertekad memelihara hubungan baik yang wujud dengan sahabat sahabat. Bagi yang telah pergi meninggalkan persahabatan..biarlah pergi. Kehidupan akan kuteruskan.

Sahabat,Teman,Kawan dan Kenalan Sekalian,

Maaf atas sebarang khilaf yang timbul. mari kita saling mengenal hati budi masing masing. Konflik akan timbul.Bersama kita selesaikan dengan BERKOMUNIKASI.

 

 

 


Actions

Information

Leave a comment