*Kalau Aku Kawin Tahun Depan*

29 07 2010

Haha. post kali ni agak kontroversi.Anggap ia sebagai percambahan fikiran saja buat masa ini.Bukan apa..Lama dah terfikir. Dan ada jugak bagitahu kawan kawan.

kalaulah ditakdirkan saya kawin tahun depan,maka berakhirlah zaman bujang saya.Saya akan memasuki satu alam baru yang menjanjikan seribu satu cabaran dan tanggung jawab.

2011 kawin, let say 2012 ada anak sulung.maka anak ini kalau boleh mestilah anak lelaki.Namanya mestilah lebih kurang macam nama saya. Sebagai contoh Kamarul Izzudin Bin Kamarulzaman (for example).

Bila dia berusia 7 tahun,dia akan masuk darjah satu. Ini bermaksud Kamarul Izzudin masuk darjah satu pada tahun 2019..betul betul setahun sebelum wawasan 2020 tercapai.

Jika ditakdirkan UPSR masih ada, Kamarul Izzudin akan menduduki peperiksaan pada tahun 2024!! Seterusnya dia akan menduduki PMR pada tahun 2027 dan SPM pula pada tahun 2029!

sekiranya anak saya cemerlang, dia akan masuk universiti pada tahun 2030 dan akan graduate pada tahun 2035. Kamarul Izzudin ketika itu berusia 23 tahun,sama seperti saya sekarang.

Izzudin akan bekerja dan bekeluarga pula. Maka cycle ini akan berterusan sampailah dunia kiamat..

Pada ketika itu, Kamarul Izzudin mungkin sudah ada ramai adik dibawahnya. Ada lelaki ada perempuan. Umur saya pada waktu itu sudah dua kali ganda berbanding sekarang, iaitu 47 tahun…

Persoalan yang cuba saya lontarkan pada semua pembaca pada kali ini bukan berkenaan saya. tetapi berkenaan dengan keadaan dunia di masa depan. Saya terfikir apa pula keadaan dunia pada waktu anak anak kita membesar nanti.

Jika pada zaman kita,kita dihidangkan dengan zaman internet,zaman facebook dan zaman handphone.Orang orang seumur saya digelar sebagai generasi Y yang mana cara fikir dan tindakan berbeza berbanding generasi X sebelum kita.

pada zaman kita Barisan Nasional memerintah. Gejala sosial dan jenayah yang teruk serta macam macam lagi. Saya terfikir apa pula keadaan dunia pada tahun anak saya masuk darjah 1 (2019), ambik UPSR (2024) dan masa di zaman universiti (2030-2035)???

Adakah waktu itu FB menjadi satu perkara yang sangat kuno bagi generasi itu?Adakah waktu itu jenayah dan gejala sosial semakin teruk?Atau mungkin waktu itu generasinya sangat beriman?Siapakah pemerintah kita pada waktu itu?Adakah masih barisan nasional atau mungkin Pakatan Rakyat?

mesti ramai dikalangan kita tidak terfikir akan perkara perkara ini. Kita banyak berfikir tentang kehidupan kita saja. Kita mungkin terlupa bahawa kita akan (insyaAllah) ada keluarga dan generasi selepas kita.

Sama samalah kita renungkan….renung renungkan..selamat beramal~

Advertisements

Actions

Information

One response

30 07 2010
aenn

w00ww…sgt berpandangan jauh!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: