Jom Sertai Takaful Ikhlas

12 07 2010

Baru baru ni saya telah ke Stadium Malawati bersama Nazif. Kononnya nak tengok konsert Nasyid sempena 10 tahun IKIM fm. Tapi tak jadi pun. Kami terus pegi booth dan gerai gerai yang ada.

Tiba tiba akak Takaful Ikhlas stop kami dan explain pasal takaful tu. Kami pun sama sama rasa minat nak dengar.Kami pun duduk dan dengar explanation dia pasal Takaful Ikhlas.

Saya dah lama nampak pasal Takaful Ikhlas. Masa praktikal lagi. Tujuan saya tulis ni semestinya untuk mengajak sahabat pembaca untuk join Takaful Ikhlas ni.

Takaful ikhlas ni ada tiga kebaikan. Pertama kita menyimpan duit kita untuk masa depan.Ambil saya sebagai contoh. Jika saya menyimpan sekarang (23tahun) sebanyak rm110 sebulan,sampai umur 55 tahun,maka jumlah simpanan saya akan menjadi lebih kurang rm60k.

Kedua,Takaful Ikhlas membantu kita untuk saat tak diduga. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Let say kalau tiba tiba kita sakit dan masuk Hospital 3 minggu,siapa nak tanggung?Kalau tiba tiba accident lalu meninggal or cacat kekal,adakah kita akan menyusahkan waris waris kita?apa persiapan kewangan kita?

Takaful Ikhlas insyaAllah membantu kita disaat saat sebegini.Ada peruntukan wang jika berlaku kematian,kecacatan kekal,untuk masuk hospital,untuk tanggungan penyakit kronik dan sebagainya.Banyak sangat kebaikannya. Join la.

Ketiga,kita beramal jariah. Sebahagian duit simpanan kita diguna untuk amal jariah yakni untuk membantu (takaful) sesama 1.4 juta ahli Takaful Ikhlas. Waktu kita memerlukan kita dibantu dan diwaktu orang lain memerlukan,kita membantu.

Sekiranya kita sehat walafiat sampai ke tua,maka duit simpanan kita bolehlah dikeluarkan. Kita juga boleh keluarkan duit simpanan tu sebanyak tiga kali. Anggaplah ia sebagai simpanan hari tua kita.

Jika kita kemalangan dan ditakdirkan mati,maka Takaful Ikhlas akan memberi sejumlah RM50k untuk waris kita.Ini tidak termasuk dengan simpanan kita.Jadi ini akan memudahkan waris kita selepas ketiadaan kita.

Kesimpulannya Takaful Ikhlas ini bagus untuk kita. Dengan takaful ni,kita dapat simpan duit,dapat bersiap untuk waktu yang tak terduga dan sebagai amal jariah yang kita tak sedar.

Marilah sertai. Jum Takaful Ikhlas.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s




%d bloggers like this: