Nyamannya Study di IRC-Jum ke IRC

5 05 2010

seronoknya dapat belajar.rugi tak bljar sungguh2

Sebelum saya menjejakkan kaki di UTP, salah seorang guru saya telah berpesan :

Kamarul,belajar sungguh sungguh. Jadikan perpustakaan bilik kamu yang kedua

Itulah pesanan Puan Norzila Ahmad pada saya. Dia guru bahasa melayu di SMK Dato Taha. Namun nasihatnya tidak lah 100%  saya tunaikan. Meskipun UTP memiliki perpustakaan terbaik di Malaysia,namun berapa cebis sangat student UTP yang mahu mengunjunginya. Bagi saya,perpustakaan kita teramat selesa.Sungguh nyaman dan sejuk berada didalamnya.Harumannya semerbak.

Namun ramai yang mengabaikannya. Ramai yang meniinggalkannya kosong.Kita lebih gemar belajar di bilik sendiri. Walaupun bilik kita tidaklah setanding dengan kecantikan dan keselesaan IRC.Namun IRC akan penuh sesak tidak lama lagi. Begitulah lumrahnya. Tiba saja study week,IRC akan lemas menampung lautan manusia.Sepanjang study week dan minggu minggu peperiksaan,student berpusu pusu ke sana.

study itu best. enjoy it

Couple couple ramai ke sana.Mereka boleh dilihat dimana mana sudut.

Saya datang ke IRC sekali sekala. Dua hari yg lepas saya ke sana bersama rumates,Zul. kami study Operation Management sama sama sebab test pada petangnya. Saya susah nak study kat bilik.Sebab bilik saya panas dan saya sering terganggu dengan internet dan panggilan dari katil.Sekali sekala ke IRC,rasa macam tenang sangat.Suasana nya cukup harmonis.Sejuk.Betul betul kena dengan minat saya.

Tapi ada orang tak tahan sejuk. Ada juga yang nak jaga mata.Sebab kat IRC banyak girls.Macam macam alasan yang kita dengar.

Apapun,saya akan lebih kerap ke IRC selepas ini. Sebab study di IRC lebih fokus,lebih tenang dan lebih efisien. Jika dibilik,study tak optimum.Study lima minit..then chatting 10 minit..baca 10 minit..then tengok movie sejam. Banyak sangat gangguannya. Sejam di IRC sama seperti 2 jam dibilik.Itulah nisbahnya.Lagipun,lepas ni mungkin saya akan rindukan saat saat study di IRC. inilah peluang terakhir untuk saya gunakan sebaiknya.

Jum sahabat sahabat kita ke IRC. Hargailah perpustakaan yang kita ada.Jum study dengan sahabat sahabat. Jika takut mata tak terjaga,study dalam discussion room. Datang dengan sahabat sahabat.Memang best.Bawakla air sebotol untuk minum. Air boleh hilangkan ngantuk.

zul

Pengalaman best study kat IRC ialah waktu study week 2 tahun lepas. Lepas study dengan sahabat2,bila dah dekat kul 12 malam,kami terus pergi minum di Mapley kat luar. itulah rutin kami setiap hari sepanjang study week. Memang menyeronokkan.

JUM IRC!!

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: