Jelajah ke UTP

25 04 2011

All the Best Jan08

Saya telah menyertai Jelajah Alumni RM Zon Timur baru baru ini ke UTP. Tujuannya untuk bersua muka dengan pimpinan dan warga RM yang telah lama tidak dijumpai.Bermula Khamis malam saya dan M Nirman, Zulhilmi Awang dan Redzuan meluncur menaiki Honda City ke Ibu Kota Kuala Lumpur dan bermalam di sana. Sempat saya bertemu dengan Syed Haq dan bermalam di sana.

Di UTP, ternyata sambutan amat memberangsangkan. Saya bertemu ke semua sahabat sahabatĀ  baik saya. Adik adik memberikan reaksi yang baik. Seusai solat jumaat di Masjid An-Nur UTP yang saya rindui, sahabat sahabat datang silih berganti untuk bersalam dan bertanya kabar. Ingin bercakap lebih lama dengan setiap seorangnya, namun tidak berkesempatan.

Sesi malamnya lebih menarik. Saya diminta menyampaikan sedikit suntikan semangat buat mereka sebagai pecutan terakhir menanti tibanya Ujian Tahun Akhir. Saya sentuh isu akademik yang ternyata kian meruncing dan mencengkam. Namun saya yakin, warga RM bakal bangkit keluar dari kelesuan dan akan bersedia untuk bertempur di medan peperiksaan.

Saya cukup gembira kerana peluang berada di UTP dapat digunakan untuk bertemu sahabat satu demi satu. Saat paling manis ialah bila dapat makan Kek Secret Recipe bersama sama sahabat sahabat Jan08.Teringat lagu UTP : hasil dituai benih disemai,laba dinikmati beramai ramai.Apa salahnya kan sekali sekala balik jumpa adik adik.Beri hadiah dan menyebarkan salam dapat mengeratkan hubungan persahabatan,

Alhamdulillah dapat bertemu kesemuanya yang ingin ditemui. Dapat keluar makan sama sama dan dapat solat subuh bermathurat sama sama,bermajlis bersama sama dan yang paling penting dapat berkongsi pengalaman dan pendapat dengan mereka semua.

Zaiyinul Ain, Presiden Rakan Masjid.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada adik adik kampus yang memberi layanan baik kepada kami semua dari Timur. InsyaAllah di lain kesempatan kami akan datang lagi ke bumi UTP yang tercinta.

Pali bagi Key-Chain,terus pasang pada Kunci Kereta Honda City Saya.hehe

Selamat Maju Jaya untuk peperiksaan Akhir Semester tidak lama lagi.Saya doakan kejayaan anda semua. Kepada batch Jan08, thanks ye.

notes : Dalam perjalanan balik sempat juga kami ke Genting Highland. Masuk rumah Sajli dan melihat panorama indah sambil menghirup angin gunung yang dingin (tak la dingin sangat).





Post Terakhir Sebelum Meninggalkan UTP

3 06 2010

kenangan manis di Cameron Highlands bersama sahabat sahabat

Assalamualaikum wbt.Kepada semua sahabat dan teman teman pembaca blog ikhlasdariku sekalian.

Saya mengucapkan syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan kekuatan yang Dia beri,Saya masih mampu berada disini menaip perkataan perkataan terakhir sebelum saya meninggalkan kampus ini.

Alhamdulillah berkat doa ibu bapa dan bantuan sahabat semua,saya dapat mengharungi tempoh lima tahun ini dengan baik.Tidak dinafikan semua ini mencabar,namun ukhuwah yang terjalin antara kita memberi kemanisan yang melenyapkan segala kerungsingan dan kebuntuan yang ada.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa mereka membaca hasil karya penulisan yang tidak seberapa ini.Saya berdoa agar apa yang tertulis dapat memberi kebaikan.Andai ia membawa keburukan,saya mohon maaf.

Saya dengan ini menyusun 10 jari memohon ampunan dan kemaafan andai selama tempoh perkenalan kita,saya telah banyak menyinggung dan melukai hati anda semua.Saya terlebih dahulu telah memaafkan segala kekhilafan yang berlaku.

Saya juga memohon dihalalkan makan dan minum dan pakai. Apa apa yang terpakai seperti selipar,helmet,ubat gigi,raket,minyak motor,kereta dan sebagainya tanpa pengetahuan harap dapat dimaafkan.

Jika ada hutang hutang,tuntutlah.Jika wujud hutang hutang yang kelihatan tidak lagi jelas,minta ia dihalalkan dunia akhirat.Segala ilmu yang diberi dan dikongsi minta halalkan ya.

Akhir kata,saya mohon doa restu sahabat sahabat untuk saya kuat menempuh kehidupan diluar sana.Doakan kebaikan untuk saya didunia dan diakhirat. Sesungguhnya doa seorang saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya adalah sangat makbul.Saya insyaAllah mendoakan kejayaan anda semua dunia dan akhirat.

Semoga berjumpa lagi.Saya sayangkan anda semua kerana Allah.Dan saya yakin saya akan rindu saat saat bersama anda di kampus ini.Sekian,wassalam.

kenangan manis di Cameron Highlands bersama sahabat sahabat





Bowling & Persahabatan

29 03 2010

Pada hari Sabtu lepas, saya dan seorang sahabat bernama Nasim telah pergi ke Ipoh.Tujuan utama ke Ipoh adalah untuk ambil printer.Selepas ambil printer kami pergi main bowling.

Tapi sebelum itu,suasana tidaklah begitu ceria kerana hanya kami berdua je pergi.Sahabat sahabat lain semua tak dapat pergi kerana kebizian masing masing. Fadhli yang awalnya nak pergi pun tiba tiba tak jadi pergi.Kecewa gak la bila dia tarik diri saat saat akhir.

Tapi nak buat macam mana. Mungkin dia ada aktiviti lain yg lebih utama pada waktu itu.Walaupun time tu dah rasa hambar nak pegi Ipoh,tapi saya perlu kotakan janji pada sahabat saya Nasim untuk temankan dia.

Kami makan,minum dan main bowling sama sama. Kami makan Big Apple di JJ.Alhamdulillah walaupun dua orang je,tapi ukhuwwah tetap ada.Banyak perkara yang kami bincang dan share.dari kisah zaman sekolah menengah,pasal famili sampailah ke isu dakwah dan isu kampus.

Pasal bowling pulak,saya baru main beberapa kali.Ini adalah kali ke-4 saya main.Nasim pulak dah banyak kali main. Kesannya saya tewas dengan dia.Kami main 2 games je.

Yang tak bestnya bowling kat JJ ni asyik sangkut jer. Ada je benda teknikal yang berlaku.Kadang kadang hang. Lepas ni mungkin kene main kat Ipoh Parade plak kot.

Alhamdulillah,trip ke Ipoh sangat bermakna. Mulanya ingatkan hambar.Tapi itulah kali pertama dan mungkin kali terakhir keluar bermusafir dengan sahabat baik saya nasim,sahabat yang saya kenal sejak dua tahun di UTP.

Bagi saya,dalam ramai ramai sahabat batch Jan08 ni,nasim ni lah sahabat yang paling saya rapat.Saya bersyukur Allah bagi kesempatan untuk spend masa bersama dia sebelum saya tamat belajar di UTP.

Ya Allah,terima kasih atas kurniaanMu berupa insan bergelar sahabat.Aku bersujud tanda syukur padaMu.Jika selepas ini hidup kami berpisah pisah,kumpulkanlah kami kelak di akhirat bersama sama.Janganlah ada lagi perpisahan di negeri abadi..amin.





July05 Lawan Jan08

27 03 2010

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan bola antara BRFC (July05) dengan xxxx(Jan08). Perlawanan berlangsung di padang bola utama UTP dan ia disaksikan oleh penulis blog ini secara langsung.

July05 mungkin fikir mereka senior dan layak untuk menang.Jan08 pula mungkin fikir mereka junior dan ada chance utk kalah. Tapi dalam bola itu tak semestinya berlaku.

Yang July05 mungkin pengalaman banyak, tapi dah tak kuat mana nak lari. Yang Jan08 pulak mungkin pengalaman sket, tapi stamina tinggi dan lari pun laju.

Jadi perlawanan tadi sengit jugaklah kiranya. Saya tak ada lah tumpu dan perhati sangat setiap inci perlawanan. Turun pun memang untuk meraikan shbt main ja. Saya actually tidak berpihak kepada mana mana pihak. Saya neutral walaupun saya July05.

Separuh masa pertama, Jan08 bermain dengan cemerlang. Jaguh jaguh bola seperti muiz,faiz dan dewo (no offense pada yg lain) menguasai perlawanan..mereka berjaya menjaringkan gol dengan banyaknya. July05 waktu itu mungkin dah terbayang rasa malu dengan kekalahan kepada junior.

sebelum bermula separuh masa kedua, seorang pemain July05 (rahsia) telah kritik seorang lagi pemain july05(nak tau sapa?) atas sebab cara permainan yang kurang bijak. Saya kita masa rehat sebelum bermulanya separuh kedua digunakan oleh mereka untuk atur semula pasukan July05 yang tidak perform awalnya.

kesannya, July05 bangkit di separuh kedua. Mereka menjaringkan gol demi gol.Ini mungkin menggusarkan Pali,Saufi,Naufal dan Zahin ditepi padang.Bila Jan08 jaringkan gol, Saufi dan Naufal akan bertempik dan melompat.Pasukan lawan kelihatan saling mengejar mata ketika ini.

Akhirnya,perlawanan berakhir dengan seri 4-4. Sungguh tragis permainan pagi tadi. Oner,Bubble dan AkramĀ  mencatat gol pagi tadi. Manakala Muiz,Faiz dan Dewa mencatat gol bagi pihak Jan08.

Nampaknya, Jan08 dan July05 sama gagah. Mungkin perlukan rematch dimasa depan. Namun, perlawanan pagi tadi turut merakamkan beberapa persamaan antara July05 dan Jan08








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.