Structured Interview with PETRONAS

4 05 2010

Ramai mintak saya share berkenaan Petronas Structured Interview. Alhamdulillah, saya telahpun selesai menjalani Interview dengan Petronas pada 25 hb April 2010 yang lepas. Saya adalah antara 40 orang student tahun akhir yang menjadi batch pertama untuk sesi Interview kali ini. InsyaAllah student lain jangan risau. Akan ada batch kedua pada bulan ini dan batch terakhir pada bulan Jun nanti.

Interview ini ada tiga fasa. Dua interviewer akan interview anda seorang. sebelum dipanggil masuk,anda akan diberi satu helai kertas yang mengandungi study case. Baca dan sediakan isi isi pentingnya. Hari tu saya dapat soalan berkenaan The Side Effect Of Science. Kita akan disajikan dengan satu situasi berkaitan sains dan kita diminta utk membincangkan seterusnya memberi buah fikir kita ke atas isu itu.

Sesi interview saya berjalan lancar. Alhamdulillah menyeronokkan. satu jam setengah terasa sangat sekejap. I enjoy the session very much. First dia akan tanya pasal diri kita. Everything pasal kita la. Dia akan minta kita share pasal kekuatan kita,hobi kita,environment kerja yang kita idamkan,kenapa ingin bekerja dengan Petronas,nak kerja mana,dll. Semua soalan standard. InsyaAllah semua orang boleh jawab.

Then akan masuk part case study. So keluarkanlah idea idea yang anda prepare tadi. Bagi sebanyak dan sematang mungkin. Mereka berdua akan mencatat segala point point anda.Just shoot idea anda dan yakinkan mereka. Satu perkara kena ingat,interview ni fully dalam english.So sharpen your english please~.

Part last sekali ialah Role Play. Kita akan diberi situasi dan diminta melakonkannya. Interviewer akan berlakon sama. Sebagai contoh,gas bocor di plant kita.ada orang jatuh pengsan. Anda sebagai Plant Manager diminta selesai kan isu tu. Interviewer akan berlakon sebagai pekerja yang sedang panik.

Dia memang berlakon sungguh! Siap dengan mimik muka lagi.Memang real. So kita kene layan la. Dia akan buat sampai kita tak tahu nak jawap apa. Memang time tu kena banyak idea rasional tapi spontan sebab dia buat macam real case. Tiba tiba gas leaking tu merebak ke kampung sebelah, so apa tindakan drastik kita? Ada plak pekerja yang nak balik selamatkan keluarga..Dan tiba tiba famili anda datang ke kilang sebab risaukan anda..dan dia pun turut hilang dalam kilang..memang kelam kabut la..

anda diminta jawap semua tu.Haha.memang nice. tapi tak payah risau kot. Relaks jer. InsyaAllah boleh.habis setiap scene lakonan tu dia akan tanya kita,kenapa kita buat keputusan sebegitu?Dia akan minta kita terangkan tindakan yang kita ambil masa dalam lakonan tu.

Tu jelah kot. Dah habes…

Actually result SI ni boleh tahu 2 minggu selepasnya. Kami semua aritu ditanya sama ada nak tahu result sebelum atau selepas exam.Saya minta sebelum exam. Ada juga yang minta selepas exam sebab takut nanti down kalau tak lulus. So sekarang ni saya tak pasti sama ada majoriti nak sebelum atau selepas exam.Bagi saya better before exam so that kita boleh prepare apa nak buat lepas habes exam nanti. Senanglah nak siap siapkan diri untuk memohon ke syarikat syarikat lain untuk bekerja.

Harap anda semua berjaya dalam SI nanti. Minta sahabat sahabat doakan saya ‘recomended’ untuk interview ni. Harap adalah rezeki saya bersama Petronas.

Kepada adik adik,jaga result baik baik. Ingat! tak semua orang dapat peluang interview ni. Jika pointer bawah 3.0 susah sket nak dapat. Event yang dapat interview pun tak semua akan dapat kerja.So please beware kepada semua pemegang scholar PETRONAS.Belajarlah bersungguh sungguh dan kekalkan result yang bagus.


Actions

Information

7 responses

4 05 2010
sarah

ini semua untuk petronas scholar jeke? mcm mana dengan dak2 skolar yang lain? obviously, i’m not a petronas scholar. am a mara scholar. but really look forward for the opportunity of working with petronas. memang susah ea chances die kalo bukan non-scholar utk masok pet?

any tips tak?

thanks in advance: )

5 05 2010
k8121

erk. utk non-petronas scholar petronas saya tak pasti. mungkin boleh hadir interview di KLCC ke. Lagi best kot kalau bkan scholar PET, boleh apply untuk company2 oil n gas yang lain juga. budak PET ni terikat dgn PET,so company lain pun berkira2 nak ambek.

5 05 2010
k8121

utk non-PET mungkin leh apply keje ngn petronas. tapi SI ni rasanya utk scholar PET je. awak mayb leh hantar application,die leh panggil interview ke KLCC mayb. tp rasanya yng bukan scholar petronas lebih bebas utk apply mcm2 company. sebab awak tk terikat kan?

mcm budak PET,company2 lain susah nk amek,melainkan PET release dia. so advantage gak dari satu segi utk bukan PET. try la hantar resume or dptkan info tmbahan. Try abg Idham ok gak.

7 05 2010
sarah

thanks alot okay! sarah really2 appreciates that!:):):)

5 08 2010
Jae

Just would like to add to some of the pointers; one of the most the important things during the interview is to just be YOURSELF. Don’t try to hamster the interviewer and pretend to be someone that you are not.

27 11 2010
helmi

orang macamana petronas nak amik sebenarnya. any idea?
about pointer, kalau cgpa tinggi semakin tinggi ke harapan nak dapat offer kerja?
kalau pointer rendah pula(tapi lepas 3 lah kan) , ada potensi ke nak dapat kerja juga? ada sejarah ke sebelum2 ni dpt kerja tp pointer xtinggi atau tinggi xdapat kerja.
ke macamana? explain sikit pasal SI ni. result yg keluar tu recommended maksudnya macamana?

31 01 2011
Ahmed

i want to know more about the english exam that you are doing, so i can practice.

regards

Leave a comment